Setelah beberapa hari kita berpuasa, kecoh pula di media sosial mengenai harga nasi Arab yang dimasak oleh Chef terkenal iaitu Chef Ammar.

Tidak dinafikan setiap tahun pada bulan Ramadan, beliau menyediakan hidangan enak ini untuk dijual kepada peminat nasi berkenaan.

Keenakkan nasi arabnya terutama Lamb Shank membuatkan ada yang sanggup beratur panjang untuk menjamah hidangannya, Biarpun harga agak mahal lebih RM50, ia tetap menjadi pilihan ramai.

Bagaimana pun, terbaru difahamkan Chef Ammar kecewa apabila ada warganet yang mempertikaikan mengenai harga nasi Arabnya.

Malah, ada warganet menggelarkan harga ‘yahudi’ atau ‘Tel Aviv’. Menerusi akaun TikTok , momomqms  berkongsi video luahan kecewa Chef itu apabila ada yang mempertikainnya cara berniaga. Sebaliknya katanya ia berniaga dengan ikhlas atas untuk memuaskan hati pelanggan.

 

@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok ♬ original sound – Mr.Momo

 

Ads

Rententan daripada itu, Chef terkenal ini menerusi akaun Tiktok miliknya menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab.

Guna 15 bahan masakan

Katanya sebanyak 15 jenis bahan digunakan termasuk pes tomato segar dan minyak bunga matahari dari Turki. Link video  guna bahan-bahan premium untuk masakan.

 

@chefammarali #fypシ #fyp #foryoupage #fypシ゚viral #chefammar #chefammarrestaurant ♬ original sound – 🇲🇾 chefammarali 🇵🇸

Ads

Lantaran, sikapnya yang mementingkan kualiti dan menjaga rasa masakannya, saban tahun ramai yang sanggup beratur panjang demi menikmati masakan viralnya. Biarpun harganya mahal, masakannya tetap menjadi pujaan ramai!

Terkini: “Tolong Jangan Sebut ‘Harga Tel Aviv’.” Chef Amar Buat Live Luah Rasa Kecewa. Rupanya Guna 15 Jenis Bahan Penyedap Masakan Nasi Arab!

Update: Terkini, didapati Chef Amar s telah membuat live di Tiktok akaunnya bagi menjelaskan isu yang menjadi tular. Dalam video berkenaan, beliau meminta warganet supaya tidak menggelarkan harga makanannya itu sebagai ‘harga yahudi atau Tel Aviv’ sebaliknya tidak kisah jika ada yang mengatakan nasi arabnya ‘mahal’ atau ‘sangat mahal’.

Sebelum mengakhiri Live, sempat menasihati supaya warganet menggunakan bahasa yang sopan ketika membuat komen.

Sumber: chefammarali dan , momomqms

Ads

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

Terkini: “Tolong Jangan Sebut ‘Harga Tel Aviv’.” Chef Amar Buat Live Luah Rasa Kecewa. Rupanya Guna 15 Jenis Bahan Penyedap Masakan Nasi Arab!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI