
Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.
Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Senarai sekolah yang ditutup di zon merah daerah Petaling dilampirkan bersama-sama untuk rujukan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.
PENUTUPAN SEKOLAH DI KAWASAN ZON MERAH DI DAERAH PETALING
Kenyataan akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia
BERIKUT SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
Ketahui Perkara Yang Ibu Ayah Patut Elak Lakukan Pada Anak Di Rumah. Jika Tidak Akan Beri Kesan Buruk Pada Perkembangannya

Bergelar ibu bapa bukan suatu yang mudah. Ini kerana ibu bapa kena tahu bagaimana untuk mengendalikan anak-anak yang buat perangai. Malah jika salah didikan akan memberikan kesan yang negatif kepada anak-anak.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais moga bermanfatt untuk dipelajari bersama.
Mak Ayah Tak Boleh Penting Diri !
5 perkara ni kalau mak ayah buat kat rumah boleh beri kesan buruk jangka panjang pada anak-anak.
Jangan buat 5 perkara ni ;
1 : Tak Tahu Apa Anak Nak
– Ikut cakap mak ayah, jangan degil ! Kalau cakap macam ni memang anak tak mahu ikut punya.
– Anak ni macam layang-layang. Nak layang-laynag terbang tinggi kena tarik guna konsep “tarik lepas tarik lepas”.
– Dengan anak pun tak boleh bagi arahan sahaja, tak pernah nak tanya apa anak mahu. Percayalah, semakin kita ambil tahu kemahuan anak semakin anak akan dekat dengan kita.
2 : Tak Peduli Apa Anak Nak
– Dah tahu apa anak nak kena ambil peduli, jangan di abaikan pula. Boleh luluh hati mereka nanti.
– Walaupun kecil tapi cuba usaha dapatkan kerana usaha kita itu akan menjadi ingatan anak sampai dewasa nanti.
– Berbudi pada anak mesti masa mereka kecil, dah besar nanti baru mereka ada hati nak membalas.
3 : Pandangan Anak Tak Penting
– Ya betul, orang dewasa lebih banyak makan garam, pengalaman lebih luas, dan penuh ilmu tapi tak bermakna pandangan anak muda ini tak berguna.
– Kita tak akan jadi lebih berjaya jika kita masih dengan zon selesa kita, kemajuan hanya mimpi tanpa penambahbaikkan sistem sedia ada.
– Sudah tiba masa mak ayah ambil kira pandangan anak anak, beri peluang anak anak buat keputusan sendiri. Mak ayah “Lead & Guide” sahaja agar tak sesat.
4 : Dambakan Pujian dari Orang Luar
– Terlalu mempedulikan apa kata orang, takut malu, takut kalah dan takut di persendakan sehingga memaksa anak jadi “sempurna” di mata orang dewasa.
– Malah di mata mak ayah hanya keputusan cemerlang sahaja di anggap bagus dan layak menerima pujian.
– Gagal peperiksaan tak memberi makna anak akan sentiasa gagal, tapi mak ayah akan “gagal” di mata anak jika gagal menilai usaha mereka.
5 : Tak Tunjuk Teladan Baik
– Mak ayah kena berubah bila dah ada anak, tak boleh masih sama macam masa bujang. Tidur tak boleh sampai ke petang walaupun cuti, makan tak boleh atas katil dan cakap kena sensored sikit.
– Anak adalah juara “Copy & Paste” tau, jangan melenting pula kalau nampak anak buat apa yang kita buat.
– Mahu anak suka membaca mak ayah dulu kena baca buku depan mereka, nak anak jadi seorang yang pandai berfikir mak ayah tak boleh la cepat gelabah bila ada masalah.
Ingat ye, Jangan buat !
Mohd Fhais
Pentingkan anak-anak dulu baru kita akan jadi orang paling penting dalam hidup mereka.
p/s : Tolong kongsikan juga pada Mak Ayah lain ya yang selalu terlepas pandang benda macam ni supaya mereka pun dapat manfaat.
p/s : Saya juga selalu berkongsi banyak tips rumahtangga dan parenting di telegram.
Join di sini -> t.me/CoretanFhais
Gempar! Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Mesin Dobi Akibat Gurauan Melampau

Bergurau yang membawa padah! Mujur anak ini selamat setelah hampir 10 minit berada didalam mesin dobi setelah diselamatkan oleh kakitangan Restoran Salam di sebelah dobi yang membantu mengeluarkan anak kecil tu. Kejadian ini telah mengemparkan penduduk di kawasan berkenaan.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku setelah gurauan melampau oleh bapa saudara kanak-kanak berkenaan di kedai mesin basuh dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang, malam tadi.
Difahamkan, kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam mesin basuh oleh bapa saudaranya yang bergurau ketika datang membasuh pakaian di kedai dobi itu bersama ibu kanak-kanak terbabit.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak disedari ibu kanak-kanak berkenaan.
Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh Dobi
Kejadian Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh Dobi Layan Diri. Asalnya Nak Bergurau TAPI bertukar tragedi sebab mesin basuh tak boleh buka. Harap anda jangan buat macam ni. Nak bergurau pun kena ada batasnya. Terima kasih kepada staff Restoran Salam di sebelah Dobi yang membantu mengeluarkan anak kecil tu.Lokasi: Laundrybar Taman Bukit Sentosa
Posted by Metafora Anafora on Monday, 1 October 2018
Malah, video kejadian itu yang berdurasi dua minit 46 saat turut tular di media sosial memaparkan beberapa individu cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.
Beberapa individu terbabit bertindak memecahkan cermin pintu mesin basuh berkenaan selepas usaha membuka pintu mesin itu tidak berhasil.
Sementara itu, pemilik kedai dobi berkenaan, Hazmal Hassan, ketika dihubungi berkata, ada menerima panggilan daripada bapa kanak-kanak berkenaan yang menghubungi pengurusnya bagi menyelesaikan masalah serta ganti rugi akibat kejadian yang berlaku.
Katanya, berdasarkan maklumat diterimanya, kanak-kanak itu datang ke kedai dobinya bersama ibu serta bapa saudaranya untuk mencuci pakaian.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, kanak-kanak itu bergurau dengan bapa saudaranya yang berusia lingkungan umur 20-an.
“Secara tiba-tiba, lelaki itu memasukkan kanak-kanak itu ke dalam mesin basuh sebelum pintu mesin terkunci dan tidak dapat dibuka,” katanya.
Hazmal berkata, beberapa pekerja restoran yang terletak bersebelahan kedai dobinya kemudian cuba membantu untuk membuka pintu mesin basuh berkenaan, namun tidak berjaya.
Katanya, oleh kerana pintu mesin itu tidak dapat dibuka, mereka bertindak memecahkan cermin pintu mesin basuh itu untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.
“Pintu mesin itu lazimnya akan terkunci secara automatik apabila dimasukkan syiling serta apabila butang ‘mula’ atau butang ‘start’ ditekan.
“Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, namun masalah di sini adalah ia bukan saja menyebabkan saya kerugian hampir RM3,000 sebaliknya nyawa seorang kanak-kanak hampir melayang,” katanya.
Menurut Hazmal, kanak-kanak itu bernasib baik berikutan mesin berkenaan tidak berputar mungkin disebabkan terlebih muatan.
Katanya, susulan kejadian itu, dia membuat satu laporan polis agar tindakan serta siasatan dapat dijalankan berikutan kejadian itu boleh mengancam nyawa kanak-kanak berkenaan.
sumber: www.hmetro.com.my dan Metafora Anafora
Jus Susu Kunyit Pulihkan Batuk Selesema, Tidur Pun Nyenyak Dengan Resipi Istimewa Ni!

Air rebusan kunyit memang selalu kita lakukan untuk memulihkan kesihatan dalaman wanita. Namun berbeza dengan air susu kunyit. Dua gabungan ini rupanya masih lagi serasi malah mampu mengatasi masalah batuk dan selesema.
Paling menarik, resipi gabungan dua bahan ini juga baik untuk merawat masalah tidur. Kata Sue Bertley yang mengongsikan resipi ini di laman Facebook miliknya, resipi ini membantu suaminya yang juga menghidap strok untuk tidur lebih nyenyak. Malah tidak mudah kena demam selesema. Menarik kan?
Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia. Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.
Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa atau ringan yang melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan. Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.
Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (jika mahu)Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.
Caranya:
1. Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).
2. Kecilkan api dan masukkan susu.
3. Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.
4. Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
5. Tutup api dan buat ala susu tarik.
6. Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
7. Moga sihat walafiat semuanya, tak mahu demam ye.
Kami minum 1 hingga 2 kali saja seminggu. Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut-turut. Biasanya hari ke 3 dah sihat semula.
Sumber: Sue Bertley