
Isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pembentangan Belanjawan 2020 sebelum ini hangat diperkatakan dikalangan warganet apabila had pengeluaran akaun 1 dianggap tidak munasabah.
Lantaran ketika pandemik Covid-19, yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia mengakibatkan ramai yang hilang punca pendapatan. Namun, akhirnya suara rakyat didengar. Terkini, berita gembira buat golongan yang terjejas boleh akses antara RM9,000 hingga RM60,000 di Akaun 1.
Ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000 boleh memohon pendahuluan sebanyak RM9,000 dengan amaun pendahuluan sebanyak RM4,000.
Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000 akan berpeluang mengeluarkan 10% daripada jumlah simpanan dengan jumlah maksimum RM60,000. Menerusi iniasiatif yang dinamakan sebagai i-SINAR, dilaporkan seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran jumlah bernilai RM14 bilion.
BAYARAN SEMULA SELEPAS DAPAT PEKERJAAN
Bagaimana pun jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila ahli sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
SIARAN AKHBAR
Sumber: Buletin TV3
“Sini Tempat Orang Nak Mati”. Doktor Cakap Kasar Kepada Pesakit, Lelaki Ini Luah Kecewa

“Sini Tempat Orang Nak Mati”. Doktor Cakap Kasar Kepada Pesakit, Lelaki Ini Luah Kecewa
Hospital adalah tempat untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan kecederaan yang memerlukan nasihat dan rawatan daripada pakar atau doktor yang bertugas. Di sini adalah tempat pertama akan kita bawa untuk mendapatkan bantuan segera untuk mengelak sebarang perkara yang tidak dingini jika dibiarkan tanpa rawatan.
Namun, siapa yang tidak kecewa apabila kehadiran ke hospital tidak dialu-alukan sebaliknya di lontar kata-kata yang tidak sedap didengar.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
DOKTOR BERCAKAP KASAR KEPADA PESAKIT, LELAKI INI LUAH KECEWA
Begitulah yang diluahkan oleh seorang pengguna, Muhamad Azmi Yusof menerusi group Warga Kuantan OFFICIAL yang kecewa dengan layanan diberikan oleh seorang pegawai perubatan di sana. Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah hospital kerajaan di Pahang dan dia yang tidak mempunyai pertalian darah telah membantu mangsa kemalangan untuk di bawa ke hospital.
Menurutnya lagi, dia bersedia untuk dipanggil pihak pengurusan agar kejadian berkenaan tidak lagi berulang.
Sehingga perkongsian ini ditulis kira-kira 2 jam lalu, pelbagai komen diluahkan oleh wargamaya yang turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa ahli keluarga berkenaan.
Ikuti perkongsiannya. Moga jadi iktibar supaya menjaga etika dalam apa jua perkerjaan yang kita lakukan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Semalam 02 jan 2023 lebih kurang antara jam 17.40 pm-18.00pm,saya telah membantu menghantar dua orang(1 org dewasa lelaki umur lingkungan 20an dan anak saudara beliau perempuan umur dlm 9 ke 10 tahun) ke unit kecemasan Htaa akibat kemalangan.
Sampainya disana saya di minta merujuk ke bhg rekod dan penerimaan pesakit.
Kemudian sambil mendukung kanak2 tersebut saya di bawa masuk ke dlm bilik kecemasan dan di dalam nya ada beberapa kakitangan hospital lelaki dan wanita.
Bersama saya waktu itu ada sorang staff lelaki baju hijau dan sorang staf perempuan(nama tak ingat). staf tsb minta saya duduk kan budak tsb atas katil.
datang seorang doktor berkacamata dan berbaju T hitam terus bercakap kasar…
Luka je pun…ingat nak mati dah. kemudian dia suruh budak tu buka mulut.(mulut budak tu luka berdarah dan bibir bengkak). Budak tu nenangis cakap sakit .
Doktor tersebut berkasar cakap ” kalau menangis pergi balik. knp dtg sini, sini tempat org nak mati ..budak tu pun menangis ketakutan.
Di sebabkan bnyk kali dia suruh budak tu balik,saya mula bersuara kepada doktor tsb kerana mengapa beliau bercakap kasar sedangkan dia budak.
doktor tsb persoalkan sape saya.
Saya bgtahu saya hanya membantu bawa budak ni ke htaa.
Dia terus cakap dan tunjuk kepada saya dgn kasar …ini semua tempat org2 nak mati je…Terus saya jawab saya akan buat lapuran atas sikap dia.
kemudian doktor tsb keluar dan memarahai bapa saudara budak tadi( bapa saudara budak ni pun luka2).
Saya terus bertanya kpd jururawat perempuan tu siapa nama doktor tersebut…serbasalah dia nak bgtahu..
tapi bila saya terus bertanya akhir beliau memberitahu nama doktor tersebut ialah Dr Abdullah.(betul atau tidak itu nama sebenar saya x pasti tetapi itu lah nama yg di sebut oleh jururawat).
KECEWA TIADA ETIKA KETIKA BERTUGA
Kepada KP Htaa,saya rasa doktor ini tiada etiqa dan beradap.dia sebenarnya mmg tidak berminat menjadi doktor. Usia nampak muda lagi tapi sombong tiada akhlak.
agaknya disebab kan stres bekerja hari cuti sampai tiada akhlak.tiada budi bahasa.
Berkasar kepada budak2 yang masih bawah umur. Peristiwa tsb mmg di saksikan oleh jururawat yg ada bersama ketika itu.
saya sedia di panggil pihak pengurusan htaa mahupun KP sendiri utk memberi keterangan yg jelas.
Moga ada tindakan oleh pihak pengurusan ke atas Dr. tsb agar selepas ini beliau belajar beradab semasa menjalan kan tugas. Ramai juga kakitangan kjaan mahupun swasta yg berkerja berat atau ringan pada hari2 kelepasan.bukan dia sorang sahaja.
mohon tindakan susulan dari pihak HTAA.
sekian.
Sumber: Muhamad Azmi Yusof
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dibayar RM33,000 Sebagai Ganti Rugi Nyawa Anak. Ibu Ni Kongsikan Kisahnya Tarik Perhatian!

Sekiranya berlaku kecuaian yang mengakibatkan kematian dalam ahli keluarga, tentu sahaja begitu sukar untuk kita menerimanya. Apatah lagi jika ianya terjadi pada anak sendiri. Bukan tidak redo, tapi sebagai ibu ayah kita merasakan ‘pergi’ nya anak kita perlu dibela!
Ini samalah kisahnya apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Zil Isa mengenai perjuangannya menuntut hak selepas anaknya Najmi Hariz meninggal dunia di atas sebab kecuaian pihak hospital kerana lewat memberikan rawatan segera kepada anaknya.
Berikut adalah perkongsian daripadanya yang mencuri tumpuan umum dan sekali gus memberi respons yang pelbagai daripada netizen.
Ramai yang message bertanya rentetan kisah pemohonan pampasan dari KKM ini. Jadi saya summarykan di sini kerana last time tulis dalam keadaan emosi, mungkin ayat tunggang langgang sikit.
Pampasan untuk kematian arwah anak saya Najmi Hariz pada 14 Feb 2020, di atas kecuaian pihak hospital Serdang diumumkan oleh pihak KKM dan AGC sebanyak RM33,000 sahaja pada bln 19 Jan 2023, hampir 3 tahun selepas kematian anak saya. Saya telah membuat rayuan untuk memohon jumlah yang lebih malangnya ditolak mentah2 oleh pihak mereka.
Saya tahu mereka saja main game, kerana tempoh masa untuk membuka kes di mahkamah hanyalah 3 tahun dari tarikh kematian. Jadi di sini, diorg dah tau, tangan saya sudah terikat tidak boleh saman, tetapi hanya mendapat pampasan. Berdasarkan perbualan dengan lawyer2, kes ini tidak patut drag selama ini. But pihak hospital dan KKM tgh cuba selamatkan diri sendiri dengan melewat2kan perkara ini, kerana tahu saya mahukan penyelesaian tertutup.
Pada 13 Feb 2020, saya telah hadir ke hospital serdang pada jam 10.30 pagi kerana anak saya demam. Pada jam 12.30 tgh hari kami dihantar pulang kerana Dr bertugas mengatakan anak saya hanya demam biasa.
Pada ptg hari, hati kami tidak sedap dan sekali lagi ke hospital serdang dan terus ke red zone. Dr di red zone bertanya, mengapa anak saya dihantar balik, sedangkan ujian darah pagi tadi menunjukkan anak saya sudah ada bacteria infection. Untuk kana2 biasa sudah kena warded, inikan pula anak saya yang baru menjalankan Open heart surgery (pembedahan jantung besar) 8-9 bln yang lalu.
Pelatih2 Dr berkurumun cuba membuat line ke anak saya yg berusia 2thn lebih. mahu berpuluh2 injection diberi oleh 4 Dr, semua x dpt line. Anak saya makin sakit dan lemah, dan saya suruh memanggil Paeds kerana nak dpt line budak kecik, bukan mudah untuk pelatih biasa. Saya tiba jam 7.15pm, dan dalam jam 8 mlm baru Paeds turun dan membuat line, dengan 1 attempt sahaja.
Saya menerangkan rekod kesihatan anak saya, yang dia di bawah pantauan paeds cardiologist serdang. Dan anak saya yg baru menjalankan operation jantung bergantung nafas kepada shunt yang membantu pam oksigen dan darah dijantungnya.
Dr Paeds menjawab ini isu demam, tiada kena mengena dengan jantung.
Dari pagi saya cuba menerangkan masalah kesihatan anak saya. Dr di sesi pagi hanya scroll dan jawab, panjangnya report anak ni. Tanpa mendengar penerangan kesihatan anak.
Dr malam pula, membuat diagnosis sendiri tanpa tahu keadaan anak. Buku rekod kesihatan anak tidak dibaca sama sekali.
Walau disebut byk kali anak saya adalah pesakit jantung dan asplenia (lahir tanpa limpa dan tiada antibodi), jika demam adalah penting dia mendapat antibiotik paling kuat kerana tidak dapat menentang jangkitan bakteria, tetapi Dr masih tidak memberi antibiotik.
Anak saya mula sesak nafas, ketika itu hanya Dr pelatih saja ada. Saya inform Dr, dan dia hanya memberi mask oksigen, dan suruh pakai. Anak saya menolak2 tidak mahu pakai, dan Dr tu hanya jawab, x pakai mmg la sesak nafas.
Sampai jam 11 mlm, tiada rawatan diberikan lagi, mahupun ubat antibiotik yg di minta. Bila melihat anak semakin lemah, saya panggil Dr dan bg warning jika ubat x tiba lagi, dan apa2 berlaku, u will regret n take the responsibility, baru la Dr tu minta ubat antibiotik dan nurse di red zone ambil di Farmasi.
Setibanya ubat tu, Dr sekali lagi mahu membuat line baru untuk masukkan ubat. ketika itu anak saya sedang minum air, dan Dr tu tanpa sabar mencucuk jarum dan ketika itu saya rasakan nyawa anak saya keluar dari tubuhnya, dan terus terkulai pergi tak kembali. Saya meraung2 ketika itu, semua Dr bertempiaran lari dan cuba memberi CPR. Masa tu semua Dr pakar ntah dari mana muncul, sedangkan sebelum tu hanya pelatih saja ada. Dr pelatih dan paeds tu terus menghilang selamatkan diri.
Saya memfailkan surat ex gratia (pampasan) dr kes ini sejurus anak meninggal, dan pihak hospital mengaku akan kesilapan ini. Sebagai solusi, Doktor sesi pagi yang menyuruh anak saya pulang ke rumah, telah dipindahkan ke hospital lain. Farmasi di red zone sudah dibekalkan dengan ubat penting. Doktor sesi malam yang bongkak, pihak hospital ckp, dia make salah judgement, tiada tindakan di ambil tapi hanyalah permohonan maaf dari ketua emergency dept.
Kemudian mereka menarik kes ini selama 3 tahun untuk menutup mulut saya untuk ke mahkamah, dan menambahkan pedih kami dengan menolak rayuan pampasan kami.
Adakah RM33,000 itu nilai yang diukur oleh mereka untuk nyawa anak kecil saya? Ini gambar anak syurga saya yg x pernah saya tunjuk atau mampu tgk sendiri. Walau byk keping saya ambil, smpi ke hari ini saya x mampu tengok sendiri. 3 tahun gambar ni saya simpan dan tak mampu tgk, hari ini saya kuatkan hati utk share pada semua, apa akibat kecuaian pihak hospital serdang dan doktor2nya telah buat pada anak saya!
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Berkongsi di sini sbb ada yg menghubungi saya bagaimana kaedah saya berurusan dgn pihak hospital tanya mengeluarkan duit utk hire lawyer.
Untuk menuntut pampasan atas kecuaian pihak hospital, ada 2 cara yang saya tahu. 1 aduan melalui SisPA atau 1 boleh melalui peguam. Saya tahu bukan mudah untuk kita orang biasa2 ni untuk mengupah peguam kerana kos yang tinggi. Saya cuba explore kaedah ke3 melalui NGO. Kalau ada kenalan atau NGO yg aktif menentang isu2 seperti, mungkin boleh juga hubungi mereka dan share nama2 NGO ni di sini.
Tuntutan pampasan kerana kecuaian di hospital perlu dilaporkan di:
https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Sistem SisPA ni ada untuk setiap kementerian. Tapi saya pun tak pernah explore semua.
Dalam laporan tu letak sedetail boleh kejadian, patient id, tarikh dan maklumat2 yg kita tahu berkaitan dgn kes ini. Selepas submit, kita akan dapat 1 email yang menyatakan mereka akan menghubungi kita. Saya x pasti brp cpt mereka akan hubungi kita, biasanya akan dapat tarikh meeting dalam masa 3 bln dari tarikh laporan.
Dalam kes saya, saya dpt date 18 september 2020 untuk meeting bersama hospital serdang, 7 bln selepas tarikh laporan. Pada meeting pertama, pihak hospital akan investigate the case, dan terangkan pilihan2 yang kita ada, dan sama ada kita ada kes atau tidak.
Sumber Bahagia Bukan Sekadar Suami Tetapi Anak Dan Orang Sekeliling. Deep Perkongsian Ini

Sesungguhnya menjadi seorang wanita yang tabah itu bukan sesuatu yang mudah. Perjalanan hidup penuh suka duka menjadikan ia sebuah pengalaman yang yang memberikan kekuatan dalam diri.
Memang benar, seorang isteri harus dilayani penuh kasih sayang, namun tidak semua bernasib baik untuk menjalani kehidupan bahagia sehingga til jannah.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Ustazah Asma Harun mengenai suka duka seorang wanita yang tabah menjalani kehidupan.
Ikuti perkongsiannya.
Ada seorang isteri, dengan air mata yang tidak pernah kering, sentiasa mendoakan kebaikan demi kebaikan buat suaminya. Bila ditanya kenapa terusan mendoakan kebaikan sedang sekarang segalanya begitu menyakitkan?,
Jawapannya, beliau sedang cuba membina cinta kerana mencari redha Allah, bukan redha suami. Kedua, kerana yakin setiap doa yang baik merupakan satu ibadah walaupun belum nampak hasil setelah sekian lama, beliau yakin bahawa setiap doa yang tertahan digantikan dengan yang lebih baik daripada Allah, Alhamdulillah, sentiasa ada rezeki untuk dia dan anak-anak, mereka sentiasa saling berkasih sayang dan menguatkan. ketiga, baginya tidak ada satu pun usaha yang akan disia-siakan Allah, lambat atau cepat sahaja, jika tidak didunia insyaAllah di Syurga Allah. Dia mohon doakan agar terus kuat berdoa dan menjadi isteri yang baik buat suaminya.
Isteri Teguh Membina Cinta, Namun Suami
Dahulunya mereka saling mencintai, suaminya seorang yang penyayang dan sangat prihatin, bahagia sekali wanita ini dikurniakan suami yang sempurna bagi dirinya. Susah payah membina kehidupan bersama 5 orang anak dirasakan sungguh indah. Namun sekelip mata suaminya mula berubah, meninggalkan solat, pemarah, bahkan sudah mulai memukul dan memaki hamun, sakit makan minum pakai sang isteri dan anak terabai sama sekali, suaminya dilamun cinta asmara yang merosakkan sehingga zina itu menjadi kebiasaan.
Wanita ini memilih untuk terus bertahan dalam rumahtangga yang dilihat sudah hancur, namun hatinya yang pecah sedaya upaya dicantumkan dengan kekuatan solat, doa, zikir dan alQuran. Dia sentiasa senyum sahaja, katanya.
Sumber bahagia bukan hanya daripada seorang suami, dia melihat dengan mata hatinya, dia nampak wajah anak, ibu ayah, adik beradik, kawan, jiran dll. Banyaknya nikmat Allah.. InsyaAllah doa yang baik-baik sahaja, akan dapat yang baik.
Kisah sebegini sangat banyak, tidak kurang juga suami yang bersabar dengan kecurangan isteri. Semuanya bermula dengan mata yang tidak dijaga, lidah mula berkata-kata, telefon lah penghubung segalanya.. Maksiat dirasakan Indah lalu ketagihan.
Nauzubillahi min zalik ya Allah.
U.Asma’ Harun