Terkini: MKN Senarai 152 Lokasi Titik Panas, Panduan Rancang Perjalanan Bila Buat Persiapan Aidilfitri. Take Note Semua!

Share

Semalam ( 7 Mei 2021) kita dikejutkan kes baharu COVID-19 yang merekodkan angka membimbangkan melonjak naik sebanyak 4,498 kes!

Pastinya ini bukan situasi yang menggembirakan tambah lagi menjelangmya Aidilfitri. Jangkitan yang tidak mengenal usia masih belum nampak penurunan. Para frontliners kini bagaikan kembali di medan perang yang kritikal.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi facebook berkongsi Siaran Media Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. – Hotspot Identification for Dynamic Engagement ( HIDE ) atau dengan kata mudah kawasan titik panas yang bahaya untuk dikunjungi.

Nyata, tindakan ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada keselamatan rakyat agar berhati-hati apabila berkunjung ke pusat membeli belah ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Turut menjelaskan bahawa Majlis Keselamatan Negeri (MKN)

telah mengeluarkan senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenalpasti oleh sistem amaran awal HIDE sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19. Ia bertujuan membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis.

Senarai premis yang berisiko tinggi berlaku penularan jangkitan #COVID19 yang dikenal pasti menerusi Hotspot Identification For Dynamic Engagement System (HIDE). Ini memudahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dilakukan lebih awal. Rancang perjalanan anda. Elak kawasan sesak, sempit dan sentiasa pakai pelitup muka.- KKM

SOALAN LAZIM MENGENAI HIDE

Moga kita semua menjaga SOP demi mengurangkan kes jangkitan.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  dan Majlis Keselamatan Negara