Setiap hari kita dikejutkan dengan berita kadar jangkitan Covid-19 yang kini semakin menjadi igauan kita semua. Ia menjadi paranoid buat kita apabila saban hari laporan kadar jangkita bertambah.
Terkini, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi facebooknya mengesahkan positif Covid-19. Beliau juga menyeru orang ramai yang hadir di majlis yang sama supaya melakukan saringan segara.
Ads
Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.
Ads
Ads
Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.
Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.
Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya. Program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.
Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.
Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.
Sekian, terima kasih.
Semoga YB Datuk terus diberikan kesembuhan segera.
Intan Sarafina ‘maintain’ langsing dan fit, usia dah 43 tahun tapi nampak macam anak dara. Jika dilihat pada raut wajah dan bentuk tubuhnya, tiada siapa yang menyangka penyanyi, Intan Sarafina sedang meniti usia 43 tahun.
Intan Sarafina ‘Maintain’ Langsing & Fit, Usia Dah 43 Tahun Tapi Nampak Macam Anak Dara
Penyanyi bersuara lunak ini kekal awet muda persis wanita usia 20 an. Genap mencecah usia 43 pada 2 Julai lalu, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Tak hairanlah, dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan muda remaja.
Bekas pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005 ini gemar berkongsi aktiviti hariannya. Rata-rata perkongsiannya melibatkan aktiviti kecergasannya seperti berjoging, berbasikal dan mengikuti marathon.
Aktif bersenam dan bersukan maka tidak hairanlah pelantun lagu ‘Kembali’ ini kekal jelita, ramping dan fit. Menyentuh tentang petua kecantikan, penyanyi ini mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang amalan petua tradisi.
Menurut Intan, selain aktif bersenam, dia juga mengamalkan minum air secukupnya selain menggunakan produk perawatan wajah yang sesuai agar kulit lebih cantik dan tegang.
Untuk info, Intan Sarafina mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada 16 Oktober. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan suami dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak itu cerminan didikan ibu bapa. Nyata apa jua tingkah laku anak itu akan mengambarkan didikan yang diberikan oleh orang tuanya.
Begitulah yang dilihat oleh seorang guru ini, Aminah Mat Yusoff yang kagum melihat seorang murid yang mempunyai peribadi mulia dengan memberi sedekah di tabung masjid sekolah.
Seterusnya ikuti perkongsian guru ini.
Bagus amalan mak ayah ni.. Boleh tiru
1. Ada sorang murid saya yang sangat menyejukkan hati. Segalanya baik.. Akhlaknya, percakapannya, sentiasa tenang dalam tindakan dan juga sangat aktif setiap kali proses pembelajaran. Bila buat pentaksiran, markahnya 100 peratus. Sebagai seorang guru, rasa gembira bersulam bangga kerana ada murid yang boleh jadi role model untuk rakan-rakan dalam kelas.
2. Satu pagi saya parking kereta depan masjid bersebelahan dengan sekolah. Kelihatan kereta dan motor ibu ayah silih berganti hantar anak-anak ke sekolah. Tanpa sengaja terpandang kelibat murid yang saya maksudkan tadi masuk ke perkarangan masjid dan menuju ke satu tiang. Di tangan ada beberapa keping wang seringgit, dengan hati-hati dia masukkan ke dalam tabung.
3. Dari jauh saya memerhati, mungkin dia tidak perasan tentang keberadaan gurunya.
4. Sedekah pagi banyak sangat baiknya, lebih-lebih lagi untuk rumah Allah. Kadang jawatankuasa masjid buat kenduri, duit tadi mungkin menjadi rezeki untuk orang-orang yang memerlukan. Subhanallah..
5. Hebatnya ibu ayah murid ini, melatih anak bersedekah. Membentuk peribadi yang penyayang dan penuh dengan sifat ihsan. Dua perkara ini menjadi faktor utama membentuk jiwa yang kuat dan bersih.
6. Hari tu dalam kelas, saya sampaikan kepada murid yang lain. Jika ada baki duit 20 sen, 30 sen simpanlah untuk hari esok. Datang pagi-pagi ke sekolah jengah dulu rumah Allah dan sedekah.
Moga Allah jadikan generasi yang hebat dan bertakwa.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...