Sejak dunia dilanda pendemik virus paling bahaya di dunia, manusia seluruh dunia menjalani norma baharu.
Sudah tentunya ia meninggalkan pelbagai kesan kepada kehidupan termasuk mengugat taraf ekonomi keluarga termasuk hilang pekerjaan atau perniagaan terpaksa ditutup. Malah paling menyedihkan kehilangan ahli keluarga.
Akhirnya pada awal tahun ni, negara-negara di seluruh dunia mula menerima vaksin sebagai imunisasi baru dalam tubuh badan manusia bagi mencegah jangkitan virus bahaya itu.
Begitu juga dengan Malaysia. Khabar gembira mula bersinar apabila pada vaksin Pfizer-BioNTech tiba di negara ini awal tahun ni.
Sejarah tercipta buat rakyat Malaysia apabila, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada pertengahan Feb lalu yang menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian bagi suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
VAKSIN SINOVAC
Terkini, Malaysia akan menggunakan vaksin SINOVAC keluaran China mulai 18 Mac ini di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.
Menurut Menteri Penyelarasan Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, beliau akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin jenis itu di negara ini.
Bagi mereka yang masih belum daftar, MySejahtera adalah aplikasi rasmi kerajaan bagi pendaftaran vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Setakat ini, seramai 1.065 juta orang sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Sumber: Astro Awani