Terkini: Kementerian Kesihatan Malaysia Sahkan 1771 Kakitangan Dijangkiti Covid-19

Share

Sebuah pengorbanan! Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sahkan 1771 kakitangan dijangkiti Covid-19 setakat 18 Dis 2020.

Daripada jumlah itu, 1,359 kes jangkitan atau 76.7% berlaku dalam gelombang ketiga.

 

5 kumpulan petugas kesihatan yang paling ramai dijangkiti:
1. Jururawat (690)
2. Pegawai Perubatan (211)
3. Pembantu Perawatan Kesihatan (146)
4. Penolong Pegawai Perubatan (144)
5. Pegawai Perubatan Siswazah (84)

Punca jangkitan:
1. Dari komuniti (33.1%)
2. Dalam kalangan petugas-pretugas kesihatan (31.9%)
3. Dari pesakit-pesakit yang belum disahkan mendapat jangkitan #COVID19 (8.6%)
4. Tidak diketahui (3.3%)
5. Masih dalam siasatan (23.1%)

Setakat 18 Dis, seramai 280 petugas kesihatan sedang menerima rawatan di hospital manakala 1,697 sedang menjalani HSO.

6 HOSPITAL KKM JANGKITAN TERTINGGI

6 hospital KKM di Lembah Klang yang melaporkan kes jangkitan tertinggi covid 19 dalam kalangan petugas kesihatan.
1. Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang (54)
2. Hospital Serdang (29)
3. Hospital Sungai Buloh (15)
4. Hospital Kuala Lumpur (10)
5. Hospital Ampang (5)
6. Hospital Selayang (4)

Peningkatan mendadak kes jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan berkait rapat peningkatan kes jangkitan dalam komuniti.

Kes jangkitan di hospital-hospital terlibat adalah terkawal dan perkhidmatan kesihatan beroperasi seperti biasa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia