Tidak dinafikan lama ramai yang suka membeli barangan secara online. Tambahan pula, pelbagai pilihan produk dan pembandingan harga dapat dibuat dengan mudah.
Lantaran itu, para peniaga menjadikan peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan dengan cara begitu.
Banyak aplikasi yang menyediakan pembelian secara atas talian. Ia termasuk Shopee. Bagaimana pun, terdapat keburukan mengenai pembelian atas talian ini, apabila ada barang yang kena ‘return’ dan ‘refund’ setelah beberapa perkara masalah dalam proses pembelian itu. Situasi ini menyulitkan banyak pihak.
Terbaru, cakna dengan masalah itu, Shopee mengumumkan bahawa mulai 9 Mei 2022, para peniaga akan menangggung kos penghantaran dan pemulangan bagi setiap pesanan yang tidak berjaya iaitu dalam kategori Return/Refund. Kos penghantaran merujuk pada Forward Shipping Fee (FSF) manakala kos pemulangan pula ialah Return Shopping Fee (RSF).
Masalah berpunca daripada peniaga
Kedua-dua caj ini akan dikenakan apabila pembeli mendapat wang mereka semula (refund) ataupun barang dijual dipulang kembali pada pembeli (return) jika ia akibat kesalahan penjual.
Ini bermakna jika barang rosak, tidak lengkap, salah atau palsu, maka secara automatik penjual akan menanggung kos FSF dan RSF ini kerana dianggap berpunca daripada mereka sendiri.
Caj ini dikenakan langsung pada penjual sejurus selepas wang pembeli dikembalikan Shopee.
Pun begitu, peniaga boleh membuat pertikaian untuk membuktikan mereka tidak bertanggungjawab atas hal-hal di atas. Jika Shopee mendapati peniaga sememangnya tidak bersalah, maka mereka akan memulangkan semula wang yang telah dicaj.
PENJUAL TIDAK AKAN DI CAJ
Untuk pesanan Self-Collect, Shopee akan menanggung kos penghantaran untuk setiap barang yang gagal diambil.
Menurut Shopee, caj FSF dan RSF ini dikenakan oleh pihak logistik.
Untuk maklumat terperinci, sila baca di laman web Shopee.
Sumber: Shopee
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz