Berat mata memandang berat lagi bahu. Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak yang dikandung selama 9 bulan lahir dengan sempurna, namun hilangan pancaindera akibat sikap rakus manusia.
Bukan tidak menidakkan takdir tetapi naluri ibu sebak dengan kejadian menimpa buat anak tersayang. Akibat disamun oleh tiga oranag lelaki, anak anak kini kehilangan tangan kanan.
Memetik laporan Free Malaysia Today, ketika kejadian, mangsa Siti Nur Azizah Syafriadi, 17 bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.
Tangan membiru tidak dapat diselamatkan.
Siti Nur Azizah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.- Gambar Sumber Sinar Harian
Siapa sangka, kejadian itu menyebabkan tangan kanan terpaksa dipotong tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.
“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.
Ads
“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan.,” jelas salah seorang ahli keluarga mangsa.
Harapan keluarga
Mangsa merupakan anak anak sulung daripada lima beradik merupakan insan yang bertanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan. Mereka sekeluarga tinggal di kediaman PPR Beringin Jinjang, Kuala Lumpur.
“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki.”
Ads
Terkini: Telah sedar dan masih lemah
“Alhamdulillah , terus kan doa kawan2, azizah dah bukak mata☺️ syukur azizah dah sedar .. semoga azizah terus kuat-” Atiqah Mowari
Ads
Menerusi perkongsian terbaru menerusi Atiqah Mowari , memaklumkan adik Siti Nur Azizah Syafriadi telah sedar namun lemah.
Beliau memberitahu bahawa mangsa merupakan adik saudaranya juga mohon warganet mendoakan kesejahteraan mangsa.
Buat yang ingin memberi sumbangan ke akaun ibu mangsa, Roslinawati binti Ya di akaun CIMB: 7067141326
Sikap anak kadang kala membuatkan kita sebagai ibu bapa hilang sabar. Akibatnya ada sesetengah ibu bapa mengambil jalan mudah dengan menengking anak. Baginya cara ini akan membuatkan anak berasa takut dan akan mengikut arahannya. Namun hakikanya, ia memberi impak yang negatif kepada anak.
Ikuti perkongsian Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif yang memberi penjelasan bahawa cara tengking tidak digalakkan dalam mendidik anak-anak.
Anak akan jadi taat bila kita tengking?
Ni gambar anak kedua saya, Solahuddin. Solahuddin ni memang akan jadi taat dan ikut je arahan saya kalau saya gunakan kuasa kemarahan dan tengkingan.
Nampak mudah je kan nak bagi Solahuddin ni jadi dengar cakap kan? Padahal ketaatan yang muncul selepas tengkingan tu namanya BLIND OBEDIENCE!
Bahasa mudahnya adalah taat membuta tuli. Ye, anak saya akan jadi taat tapi dia taat kerana FEAR SYSTEM di otaknya sedang aktif.
Benda ni tak bagus. Sangat tak bagus sebab ianya melemahkan THINKING BRAIN anak saya.
Jadi nak taknak saya kena gunakan cara memberi anak saya tu pilihan ( using choices), tunjukkan ketegasan ( firm) dan menunjukkan akibat buruk daripada perbuatannya ( using consequences),bukannya keganasan & kegarangan yang melampau.
Demi kesihatan mental dan emosi anak anak kita. Jom kita ubah cara kita marah dan didik anak anak kita.
p/s : Jadi singa tanpa sengaja, itu kerana kita manusia biasa tapi kalau tiap saat menjadi singa maka sengsaralah anak kita
Semua orang mempunyai kenangan yang indah dalam hidup mereka. Begitu dengan kehidupan kita pada masa lampau. Pastinya ia akan menjadi nostalgia manis.
Menariknya perkongsian di facebook rasmi, Universiti Sains Malaysia (USM) memaparkan sekeping foto lelaki yang merupakan pekerja asing yang cukup dikenali oleh warga universiti berkenaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi kapsyen di posting berkenaan, lelaki itu lama berkhidmat di sebuah kedai makan di sini.
Di fahamkan lelaki berkenaan telah lama berkhidmat di kedai makan, Subaidah USM selama 20 tahun. Merujuk kepada kapsyen, lelaki yang dikenali sebagai ‘Anne’ itu akan kembali ke tanah airnya di India.
Apa yang pasti, perkongsian ini telah mengundang nostalgia kepada bekas mahasiswa universiti berkenaan.
“Going back soon to his hometown India after almost 20 years at Subaidah USM main campus.”
“You should know him better, one of USM “legend”. He will still be here until the convocation ends before fly back to India.”
WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GAMIT NOSTALGIA
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya yang pernah menuntut di universiti berkenaan berkongsi kisah ‘Anne’ itu. Antaranya suka dengan perwatakannya yang suka tersenyum, makanan kegemaran dan sikap baiknya. Antara komen adalah seperti berikut adalah
Umum mengetahui bahawa Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa apabila gambar anaknya telah ditularkan tanpa kebenarannya.
Malah naluri keibuannya tersentuh dengan sikap segelintir netizen yang tidak bermoral yang sanggup menyunting gambar anak lelakinya, Muhammad Bilal menggunakan gambar yang tular tersebut.
Rentetan daripada itu, akhirnya hari ini menerusi instagram miliknya, Neelofa secara rasmi berkongsi gambar anak sulungnya itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
GAMBAR DARI BABY HINGGA SEKARANG
Dengan kapsyen antara “Cinta dan sayang pada anakku” beberapa keping foto sejak lahir sehingga terkini dipaparkan menerusi video berkenaan.
VIDEO
Video berdurasi 1 minit 44 saat ini dengan alunan selawat telah meraih perhatian rakan artis dan peminatnya.
RAKAN ARTIS DAN PEMINAT TITIP DOA
Ramai memuji dan titip doa buat anak kesayangan pasangan selebriti ini.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...