Umum sedia maklum sebelum ini pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memberitahu tentang kepulangan abang sulungnya ke negara abadi di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, genap 20 hari pemergian abangnya, Uyaina memuat naik sebuah video di Instagram dengan menyatakan dia berasa ralat apabila tidak dapat memeluk abangnya buat kali terakhir.

Menerusi video perkongsian itu, Uyaina memuat naik momen-momen indah bersama abang sulungnya, Allahyarham Mejar Dr Mohd Attaful Uzair Arshad.

Lebih meruntun hati, Uyaina meluahkan perasaan terkilannya apabila sehari sebelum pemergian abang tercinta dia tidak memeluk abangnya itu seperti kebiasaannya.

“Sehari sebelum arwah pergi, Yana dan Syahiran ada jumpa arwah. Selalunya lepas salam, Yana memang akan peluk dia. Lepas tu baru akan balik.

Ads

“Tapi entah kenapa, haritu Yana tak peluk dia. Lepas salam, terus je naik kereta. Rasa terkilan sangat-sangat.. Kalau boleh undur masa, rasa nak peluk dia kuat-kuat,” luahnya.

Namun begitu, Uyaina menganggap perkara yang berlaku membuatkan dirinya belajar untuk lebih menghargai orang tersayang sebelum ia bertukar jadi kenangan.

“Tapi benda ini banyak ajar Yana untuk lebih menghargai orang di sekeliling kita… Terutamanya orang yang kita sayang. Sebelum momen bertukar menjadi kenangan. Hargai mereka,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

Ads

Terkilan Tak Sempat Peluk Arwah Abang, Uyaina Kini Belajar Lebih Hargai Orang Tersayang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir yang berkongsi mengalami pengalaman yang sama dan rata-ratanya sebak dengan perkongsian Uyaina serta meninggalkan ucapan takziah kepadanya.

Ads

Terdahulu, Uyaina berkongsi berita duka mengenai pemergian abang tercintanya menghadap Ilahi pada hari ulang tahun kelahiran ibunya pada 19 Ogos lalu.

Sumber : Instagram Uyaina Arshad

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI