Terkejut Dapat Duit Palsu, Jual Telefon Nak Rolling Berniaga, Luahan Lelaki Ini Undang Simpati.

Share

Terkejut Terima Duit Palsu, Jual Telefon Nak Rolling Berniaga, Luahan Lelaki Ini Undang Simpati.  

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sudah tentunya ada yang melakukan pelbagai pekerjaan untuk menambah pendapatan keluarga.

Malah ada yang terpaksa menjual barangan peribadi untuk menampung kehidupan. Namun siapa sangka, dalam berhati-hati ada juga yang menjadi mangsa penipuan.

Inilah yanga berlaku kepada saudara Asyraff Akra yang tidak menyangkan urusan jual beli bertukar menjadi detik yang menyedihkan buat dirinya apabila menerima wang palsu.

Dia yang menjual sebuah telefon pintar berjenama untuk dijadikan pusingan modal bagi perniagaannya meluahkan rasa kecewa apabila hasrat itu tidak kesampaian.

Ia diluahkan menerusi hantaran di facebook miliknya yang telah mengundang simpati warganet.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

“Dugaan terkena atas diri sendiri. Jual phone nak rolling mula meniaga sekali kena tipu.”

“Note RM100 tu duit palsu. Note RM50 je betul.”

“Serius aku tak perasan. Silap aku terlalu percaya manusia bertudung litup. Sama bangsa pun nak tipu.”

“Tak apa la kakak &abang. Selamat maju jaya merangkak mencari aku dan isteri aku di padang mahsyar nanti. Nanti kita gather gather balik yer.”

JADI PENGAJARAN

Dalam pada itu, dia turut berkongsi nombor telefon pembeli tersebut sebagai peringatan buat orang ramai.

“Itu sahaja yang aku ada. Silap tak snap gambar atau apa sebab sepanjang aku buat jual beli tak pernah kena macam ni. Lesson learned!

“isteri aku dan aku masih positif.  Ada la tu rezeki atau hikmah lain nak datang. InshaAllah.”

Difahamkan telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan.

TITIP DOA DAN DIMURAHKAN REZEKI

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati kepada pasangan suami isteri itu. Ramai yang menitipkan doa semoga mereka dimurahkan rezeki. Ada juga yang berkongsi turut melalui pengalaman yang sama.

Ya Allah kau gantilah rezeki berlipat ganda hamba mu ini. Kau permudahkan segala urusannya.”

“Allahuakhbar. Kes berat ni kalau main bab duit. Kita jual sebab nak pakai duit boleh plak dia buat macam ni. Sabar cap insyallah Allah nak bagi yg lagi baik tu.”

“Saya berniaga pasar malam, juala makanan, itu pun ada yang bayar guna duit palsu, bab makan pun buat main, haram masuk dalam badan jadi darah daging.”

“Ingat lagi, ada seorang pelanggan bayar guna wang kertas RM50 palsu masa beli baju, akhirnya ‘boss’ semak, sekali aku yang kena ganti balik harga baju tersebut. Salah aku, sebab tak semak betul-betul.”

Sumber: Asyraff Akra

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club