Mempunyai adik-beradik muka kembar sememangnya unik. Kembarr dua atau tiga tentunya akan mencuri perhatian ramai.
Begitu juga dengan kembar tiga, Siti Aminah, Siti Khadijah dan Siti Aishah Hisamudin atau dikenali Triplet Hisham menarik perhatian pengikut TikTok setiap kali mereka bersiaran langsung di platform berkenaan.
Mana tidaknya, sambil berinteraksi dengan pengikut, mereka yang menetap di Taman Sri Jaya, di sini, sempat menyiapkan burger pesanan pelanggan.
Nyata, keunikkan mereka itu tidak hairan jika kembar tiga berusia 22 tahun itu mampu mengumpul lebih 138,000 pengikut di TikTok
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik Harian Metro, Siti Aminah mewakili Triplet Hisham berkata, mereka bertiga adalah anak keenam, ketujuh dan kelapan dalam keluarga daripada lapan beradik.
“Kami hanya ‘budak’ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja dan tak sanggup berpisah, disebabkan itu ambil keputusan bekerja selepas tamat sekolah.
“Ikutkan, kami bertiga ada pekerjaan lain pada sebelah pagi, namun jadi pembantu gerai selepas Aidilfitri lalu.
“Gerai diberi nama ‘Sofia Burger’ itu adalah milik abang ipar dan kami menawarkan diri untuk membantu selepas gerai abang ipar kembali stabil selepas dua tahun terkesan akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Siti Aminah, mereka bertiga pada awalnya menjual burger seperti peniaga lain dengan menunggu pelanggan datang ke gerai atau mengambil pesanan menerusi WhatsApp atau aplikasi Grab.
Memandangkan gerai burger abang ipar mereka itu sudah dibuka sejak 2015 maka ada pelanggan tetap yang masih datang membeli.
“Itu cara berniaga pada awalnya sehingga satu hari apabila salah seorang daripada kami cadangkan supaya siaran langsung di TikTok kerana mahu cari kelainan.
“Selain muat naik video, kami turut aktif bersiaran langsung di TikTok dan percubaan itu berhasil kerana dapat pelanggan baru sejak ketengahkan diri di situ.
Siti Aminah berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai pasti terkejut dan keliru apabila melihat mereka bertiga.
Katanya, ia reaksi biasa yang mereka dapat lihat daripada pelanggan sejak bekerja sambilan di gerai burger berkenaan.
“Kami sudah bahagikan tugas masing-masing, saya letak sayur dan sos, Dija (Siti Khadijah) ambil pesanan manakala Isha (Siti Aishah) pula akan masak burger.
“Jadi, setiap kali ada pelanggan datang, mereka akan nampak Isha dulu yang sedang masak dan terkejut apabila nampak dua lagi iaitu saya serta Dija.
“Ketika siaran langsung pula, ada yang suka dan sebaliknya. Segelintir kecam kerana tidak suka dengar suara kami nyaring namun kami tidak ambil hati malah moderator iaitu adik-beradik lain akan bantu balas di ruangan komen,” katanya.
Siti Aminah berkata, selagi belum berkeluarga, mereka akan terus bersama kerana tidak dapat bayangkan malah berasa sunyi hidup tanpa satu sama lain.
“Hubungan kami sangat rapat dan jika gaduh pun tidak lama malah lebih suka bercerita dengan satu sama lain berbanding orang luar termasuk ahli keluarga lain.
“Keluarga pernah berpesan supaya kami bertiga belajar untuk bergerak sendiri tetapi lebih selesa bersama, pernah berpisah pun ketika berlainan kelas ketika di sekolah kecuali tingkatan lima.
“Walaupun sudah dewasa, kami kini masih tidur di satu bilik yang sama dan akan kekal begini selagi belum berumah tangga,” katanya.
“Kami juga bersyukur kerana ada dalam kalangan pelanggan membeli burger untuk diinfaq,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club