
Menghias rumah antara kepakaran ibu-ibu, tetapi ada juga kaum bapa yang kini tak kurang hebatnya. Apa sahaja tip atau info yang diberikan pasti cuba dipraktikkan di rumah sendiri. Lagi lagi kalau yang melibatkan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.
Satu lagi perkongsian mengenai dekorasi bajet ini baru-baru ini meraih perhatian ramai kerana ia lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Ini antara langkah ringkas yang dikongsikan oleh saudara Shafiq Abdul Hamid.
Assalamualaikum.. kepada makcik2 pakcik2 abg2 akak2… Yg mna teringin nak pakai lansir ring mcm ni… Tpi x dak modai nak beli kayu tu… Boleh buat guna paip modai x mahai sngt…. Guna paip saiz 20mm k.. besi L tu boleh dpatkan di kedai eco yg lain2 tu kedai hardware langsir sy bli kat d.i.y aje…
Diet Musim Raya Akan Lebih Berjaya Bila Ikut 11 Cara Ni!

Bila cakap bab berdiet untuk kurus, bunyinya macam mudah. Tapi ramai juga yang gagal melaksanakannya.Lebih-lebih lagi masa musim perayaan ini yang semestinya sana sini menu yang dihidangkan untuk tetamu enak-enak belaka.
Di sini ada 11 cara diet yang bukan sahaja boleh turunkan berat badan, malah menyihatkan pula bila diamalkan.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih ini.
Ramai mengeluh sebab susah sangat hendak turunkan berat badan. Betul?
Apabila sudah turun, cepat pula naik beratnya. Tak konsisten. Motivasi untuk terus berdiet juga mudah hilang. Anda pernah rasa perasaan seperti ini?
Saya kongsi cara pemakanan dan diet terbaik yang membolehkan anda lebih mudah konsisten dengan diet harian. Jom ikut 11 langkah ini.
1.Makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari (sarapan, makan tengah hari, dan makan malam); Penting untuk diingat bahawa makan malam tidak perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Dapat lima kali pun bagus.
2.Sebahagian besar pengambilan makanan harus terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Bahagikan hidangan makanan anda seimbang semua aspek termasuk ayam, ikan, kacang, telur, dan kacang.
3.Pilih makanan yang rendah lemak, kolesterol, garam (sodium), dan gula tambahan; lihat label item yang disenaraikan pada label makanan.
4.Saiz dan portion makanan; makan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi untuk menghilangkan lapar saja dan kemudian berhenti makan. Tak perlu sehingga betul-betul kenyang.
5.Makanan ringan boleh diterima dalam kesederhanaan dan harus terdiri daripada makanan seperti buah, biji-bijian, atau kacang untuk menghilangkan kelaparan dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan.
6.Elakkan minuman manis dan bergula yang tinggi kerana kalori yang berlebihan dalam minuman tersebut.
7.Elakkan makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur untuk mengurangkan refluks gastroesophageal dan berat badan berlebihan.
8.Sekiranya seseorang marah atau tertekan, makan tidak akan menyelesaikan situasi ini dan boleh menyebabkan masalah menjadi lebih buruk. Kawal emosi anda adalah kuncinya.
9.Elakkan memberi ganjaran kepada kanak-kanak dengan makanan ringan manis; kaedah dan amalan sedemikian boleh menjadi kebiasaan seumur hidup mereka. Termasuk kita juga.
10.Gaya hidup vegetarian telah mula dipromosikan untuk gaya hidup sihat dan penurunan berat badan; vegetarian harus memeriksa dengan doktor mereka untuk memastikan mereka mendapat cukup vitamin, mineral, dan besi dalam makanan mereka.
11.Makanan yang dimasak akan memusnahkan bakteria-bakteria berbahaya dan patogen lain; jika anda memilih untuk makan makanan mentah seperti buah-buahan atau sayur-sayuran, ia harus dibasuh dengan air yang benar-benar bersih (selamat untuk diminum) sebelum minum atau memakannya.
sumber : Dr. Ezairy M. Sallih
‘Demam Beyblade’, Ibu Ni Lebih Suka Berbanding Anaknya Bermain Gajet. Ni Alasannya!

Seakan satu fenomena pula bila dilihat pada ‘kegilaan’ pilihan permainan anak-anak kita hari ini yang rata-ratanya suka bermain beyblade.
Melihat kesukaan permainan anak-anak kita ini, terpanggil untuk seorang ibu dan juga merupakan seorang guru tadika memberi pendangannya berkenaan permainan ini.
Menurutnya banyak kebaikannya berbanding bilamana anak asyik bermain gajet.
Beyblade VS Handphone.
Demam beyblade sedang melanda anak-anak kita. Dulu kita pernah merasa demam spinner tapi tak lah sehebat demam beyblade ini saya kira. Teringat pula kenangan kita dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Saya kira tak salah kita meraikan anak-anak kita untuk bermain berbeyblade.
Anak-anak saya tidak terlepas dari ‘demam’ ini termasuk anak perempuan saya .
Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya.
1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.
2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.
3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.
4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.
5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangan adik beradik.
Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.
Kesimpulannya Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.
Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.
Selamat ber’beyblade’
Disclaimer: Ini pendapat peribadi sahaja. Jika tak setuju, tak jadi masalah. Sekolah pun lain-lain
Sumber : Ashikin Hashim
Cikgu Tadika Anak Anda
“Kematian Yang Dicemburui, Syahid Buatmu Sahabat.” Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Misi Banjir

Innalillahiwainnalillahirajiun.. perginya tatkala dia sedang mencurahkan bakti membantu mereka yang ditimpa bencana.
Demikian perkongsian mengenai Allahyarham Ahmad Zaki bin Mahbar dilaporkan meninggal dunia saat bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang.
Ketua Kor Jabatan Amal Pusat merangkap Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri.
Berita mengejutkan itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Amal Negeri Johor.
“Dukacita dimaklumkan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor kehilangan sebutir permata.
“Salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki bin Mahbar diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.
“Allahyarham dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor merupakan Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.
“Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Al-Fatihah,” titipnya.
Perkongsian tersebut mengejutkan ramai pihak, rata-rata melahirkan rasa sebak dan sedih dengan kehilangan insan berhati mulia itu termasuk Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pendakwah PU Ikhsan.
Berita hiba tersebut turut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah menerusi laman Facebooknya petang tadi.
KEMATIAN YG DICEMBURUI 😢
Tuan Zaki Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor meninggal dunia ketika bertugas dalam ‘ops banjir’ di Bukit Changgang Sepang.
Beliau pengean dan terus dibawa ke hospital daerah Banting. Diisytiharkan meninggal di sana.
Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama dengan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia lainnya dari seluruh negara.
Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran disisi Allah SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada.
إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.
Sebanyak mana air yg Allah kirimkan ujian buat kita semua, akan jd “rezeki” penyaksian buat beliau dihadapan Allah. doakan ya semoga kita juga diberikan kematian sebegini ❤️
ALFatihah.
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club