Teringin Nak Menanam Kesom, Tapi Rumah Tak Berlaman. Guna Je Teknik Hidroponik Ni, Confirm Menjadi Tanaman Tu!

Share

Terasa hebat pula sekiranya kita mak-mak ni dapat praktiskan menanam menggunakan teknik hidroponik ini. Maklumlah, biasanya bercucuk tanam mesti dilakukan di atas tanah.

Untuk lebih jelas, ayuh fahami cara yang  dikongsikan oleh IEza. Jom Semak.

ni cara saya. 

Cara menanam pokok kesum dengan kaedah hidroponik.

1. Sediakan batang pokok kesum yang dah matang dan air.

2. Rendam batang kesum di dalam air selama 5-7 hari. Dan bungkus dengan plastik supaya daun kesum tidak layu dan cepat berakar (Letak tepi tingkap pun ok) tak perlu bawah panas terik matahari.

3. Hasil setelah rendam 5 hari. Keluar akar sampai ke atas.

4. Sediakan botol terpakai, potong dua. Bahagian bawah letak air. Bahagian atas, di muncung botol letakksn span aquarium.

5. Cucuk batang kesum tadi ke dslam botol yang telah di isi tanah hitam.

6. Tadaaa…Hasil selama 2 bulan. Akar penuh pada span. Pokok pun susah mati kerana dapat bekalan air yabg cukup. Letak baja dalam air.

Last sekali potong akar 3 bulan sekali bahagian bawah. Supaya pokok kesum sentiasa keluar akar baru. Pokok kena rajin-rajin trim ye.

Selamat mencuba

Ekstra info:

Bila pokok dah besar dan penuh dalam botol boleh alih kepada pasu yang lebih besar. (Bahagian bawah tutup lubang pasu)

Saya guna baja organic+kulit telur+ ezigrow
Medium Tanah:Tanah hitam yang dijual di nursery.

Sumber : IEza Liey via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.