Selalu kalau jalan-jalan kat mall, mesti akan tertarik dengan bau harum semerbak waffle kan? Dari anak sampai ke ibu ayah mesti akan tergoda juga dengan makanan sampingan kesukaan ramai ni!
Haa apa kata kita cuba buat sendiri pula, dah alang-alang ada resipi dari Nik Fatma Amirah
ni. Tak ada la lepas ni berebut makan tak cukup anak beranak. Paling penting, boleh letak filling kesukaan kita dan tak perlu nak catu, letak je la ikut banyak mana kita nak! Hehe. jom cuba.Ini first time buat waffle sendiri kt rumah. Biasanya kita beli kt kedai je kan. Rupanya mudah je!
RESIPI WAFFLE
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan Air
1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 Biji Telur
3 Sudu kecil gula
Sedikit garam
Cara-caranya :
Campur semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Nak mudah boleh blendkan. Pastikan tiada tepung yang berketul.
Sebelum masak, sapu planta atau minyak di permukaan maker (kalau xnak sapu pun ok), masak sekejap je kalau guna mini waffle maker ni sekitar 1 minit 40 saat je boleh siap.
Lepas dah siap boleh lah sapu macam-macam perisa ikut kesukaan. Peanut, planta, kaya, jem dan sebagainya.
Bukan sahaja anak-anak suka ni. Tapi mak-mak ayah-ayah pun suka. Makan time panas-panas. Fuh!
Boleh lah cuba utk keluarga. Mudah nak sediakan. 😍