Setelah dua tahun kita berperang dengan wabak Covid-19, barulah dapat merasai betul-betul nikmat ramadan. Antaranya solat terawih yang tak perlu dijarakkan, kedai mamak boleh dibuka 24 jam untuk orang sahur, tidak ketinggalan peniaga bazar ramadan yang dua tahun terpaksa tangguh berniaga kini di sambut meriah orang ramai sampaikan peniaga boleh tutup gerai awal dek ‘serangan’ dah lama tak ke bazar.
Sebut tentang bazar ramadan ni, ada beberapa menu wajib bila datangnya bulan ramadan menjadi tumpuan orang ramai, antaranya air yang bermacam aneka pilihan, ayam percik, kuih muih, murtabak dan roti john.
Kalau ahli keluarga tak ramai, sesekali nak berbelanja kat bazar apa salahnya, kan? Yang mana anak ramai dan nak memenuhi citarasa semua orang, agak ‘kopak’ sikit duit mak ayah kan.. Yang mana menu kita boleh buat sendiri di rumah, apa kata buat sendiri je. Lebih berbaloi kan? Misalnya seperti roti john yang kami kongsikan ini!
Tak perlu dah nak beratur panjang-panjang untuk roti john, buat sendiri je. Rasa nak makan kuih lain, boleh la singgah ke sana lepas masak ni kan? Nak tahu buat macam mana, jom rujuk resepi dan cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Bawang merah – potong dadu
Bawang putih – potong dadu
Rempah kari (campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej – (jika perlu)
Garam
Lada sulah
Daun sup/bawang – hiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega
roti john
Cara-caranya:
1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti ke atas telur.
7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.
8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
10. Lipat roti dan potong.
Siap. Selamat mencuba!
Sumber : Chinta Eyja
Wahh pandainya adik-adik baca doa!
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!