Laksam adalah antara hidangan yang popular bagi masyarakat pantai timur.
Rasa keenakan kuah putih yang dimakan bersama ulaman memang membuka selera.
Jika sebelum ini, asyik beli aje, apa kata buat sendiri di rumah. Sukatan penyediaan menggunakan cawan menjadikan resipi ini mudah.
LAKSAM (sukatan utk 4 org mkn)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
1. Satukan semua bahan di atas kacau sampai tak berketul.
2. Kukus dengan pinggan ikea, saya letak 2 senduk adunan.
3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dah suam2 baru gulung.
**guna pinggan plastik dan sapu sikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.
Bahan kuah :
1 biji kelapa – ambil santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
Gula
Garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
Cara penyediaan:
1. Blend bahan yg bertanda *. Masukkan dlm periuk bersama santan.
2. Masukkan bahan2 lain yg di atas, kacau sampai mendidih..jgn tinggal nanti berketul.
3. Kemudian perasakan dgn gula dan garam.
Bahan hiasan (hiris) :
Kacang panjang
Timun
Kobis
Taugeh
Bunga kantan
Sambal cili
Siap! Selamat mencuba!
Sumber: Nor aida