Teringin Nak Makan Dodol, Buatkan Je Dodol Kukus Ni. Sekejap Je Siap Masak!

Share

Sebut sahaja Dodol, pastinya ramai yang menggemari kuih tradisiona ini. Namun untuk menyediakan dodol bukanlah mudah. Sebagaimana semua maklum setengah hari juga proses untuk membuatnya.

Pun begitu  tahukah jika di Pahang,  menyediakan Dodol sedikit berbeza di mana ianya dimasak secara kukus. Kuih ini mirip seperti dodol tradisonal tetapi yang membezakan ialah cara memasaknya. Ia dimasak menggunakan cara kukus dan tidaklah dikacau seperti dodol biasa.

Ini sekali gus menjadikan proses penyediaan dodol begitu ringkas dan mudah  dengan menggunakan bahan utama seperti tepung pulut dan gula merah.  Jadi buat anda yang teringin untuk menikmti rasanya dodol yang digemari ramai ini, bolehlah mencuba untuk memasaknya sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Saadiah Ahmad ini.

Dodol Kukus

Bahan A :

  1. Satu cawan santan pekat untuk buat tahi minyak
  2. Sedikit garam

Cara Buat Tahi Minyak

Cara membuat tahi minyak, santan dan sedikit garam dimasak sampai pecah minyak menggunakan api sedang selama lebih kurang setengah jam.

Bahan B

  1. Daun pisang dilayu supaya lembut agar tak pecah semasa dijadikan alas dodol .

Bahan C

  1. Satu cawan gula merah
  2. Setengah cawan gula pasir
  3. Satu cawan air

Satukan semua bahan c ke dalam periuk. Masak sampai hancur semuanya dan sejukkan

Bahan D

  1. Dua cawan tepung pulut
  2. Satu sudu tepung ubi
  3. Satu setengah cawan santan (1.5 cwn)

Masukan semua bahan D, gaulkan sampai sebati. Bila dah rata dan sebati, masukkan bahan C (suam2 ). Kacau lagi sampai rata dan sebati. Selepas itu, tapis.

Cara Buat Dodol Kukus

  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Ambil minyak dari tahi minyak yang telah disediakan dan sapu pada daun pisang
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dialas menggunakan daun pisang.
  4. Kukus sampai masak (15 – 20 minit)

Dah siap, taburkan tahi minyak di atas dodol kukus. Nak tahu dodol kukus dah masak, ia cantik licin serta tidak melekat di jari. Warna kehitaman mengikut warna gula. Selamat mencuba.