Bila duduk rumah ni, untungnya boleh asah skill memasak. Mana taknya, pantang nampak ibu macam tak berapa nak busy, ada la yang request makanan yang susah-susah!
Misalnya macam resipi yang min nak share hari ni, Nasi arab. Sesetengah resipi ada guna rempah tambahan kan untuk bagi sedap? Haaa tak payah semua tu! Ikut Je cara ni, mudah, ringkas & paling penting sedap. So… tunggu apa lagi? P cari pen kertas catit resipi dari Noor Atika Mahamood ni cepat!
~~ Assalammualaikum, hari ni sy nak kongsikan resepi Nasi Arab yg simple utk berbuka… Resepi ni sy R&D sendiri (olah sedikit drpd resepi2 yg sy study),,setiap org kan ada cara dan citarasa sendiri,, 😃😁 ok Jom tgk bahan2 dan tutorial dibawah 👇👇👇
NASI ARAB SIMPLE 👩🍳👩🍳👩🍳
Bahan rebus ayam :
– 4 ketul ayam bahagian peha
– 1 sk ketumbar
– 1 sk jintan putih
– 1 sk jintan pedas
– 1 sk lada hitam
– 1/2 sk lada putih
– 1 kiub ayam
– 1 biji tomato belah 4
– 1 sk rempah beriani
– sedikit garam
** Cara memasak ada pd setiap gambar.
Cara-cara rebus bahan:-
1. Rempah ratus utk rebus ayam dan menumis nasi.
2. Cuci ayam bersih2, toskan, hiris2 mcmni supaya bila rebus nanti.. Segala rempah ratus meresap dlm ayam. Ayam akan jd sedap in sha Allah 😊
Sudah tentu ramai yang suka makan kek. Jika asyik beli aje apa kata buat sendiri. Buat kek bukan susah. Ikut resipi aje tentu confirm jadi! Lebih menarik jika resipi itu guna sukatan cawan.
Sebagaimana resipi ini. Resipi kek coklat moist dan kek cheese leleh ini menggunakan bahan yang sama kecuali jangan masukkan serbuka koko jika hendak membuat kek cheese.
Ikuti perkongsian .
Kek chesee apple leleh dengan kek coklat moist. Harap sampai la seminggu. Selalu buat banyak dua hari ja habis.
(Selalu pandan..sekali tgk perisa apple la Apple pun apple la..habuan makan tengah malam..pkl.1 pkl 2 katanya..2 hari sattle la nie.. Masuk peti dulu tengah malam sat gi baru bapak saka dgn ank saka makan. hehe Orang laki bab kek depa pandai menilai, Selalu beli payah nak makan, kalau buat sndiri..berbekas-berbekas tak cakap.
Ini resipinya.
Kek Coklat Moist
1 1/2tepung gadum 1sudu kecil soda 1 sudu kecil baking 1/2 cawan Serbuk koko (Ayak bahan ni)
Mix 4biji telur gred A 1cawan gula 1cawan susu fresh 1sudu overlate(x letak pun x pa) 1cawan minyak.. 1sudu esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
Mix bg gebu dulu telur,gula,overlate.. Baru masuk semua bahan Kemudian kukus mcm biasa Selama 30minit..bakar pun boleh.. Kukus bgantung kpd kuantiti kita buh..dalam.bekas tu.. Kalau bekas kecik2 kejap ja..kalau bekas besar Lama la sikit…. Periuk kukus tudung balut dgn tuala.. Suhu 140..selama 45minit bgantung pada oven masing2
Toping coklat Compaun milk coklat 2cawan(bery) 1cawan whaiping cream Susu pekat 4sudu..kalau suka manis boleh buh lebih.. Cara dia double boil..
Tunggu kek sejuk..coklat pun sejuk baru curah..atas kek..
Resipi Kek Cheese Leleh
Kek Chesee leleh..sama ja bahan dia atas cuma jgn masuk serbuk koko la Ganti dgn perwarna pandan.
Toping chsee tu 500g cream chsee tatura Susu pekat 1cawan..kurang pun boleh 2 sudu susu tepung(x buh pun x pa..saya buh..sb nak perabih susu ank) 1cawan susu segar 1cawan Whaiping cream jenama vivo Mix tatura dgn susu sampai kembang Kemudian baru masuk whaiping cream..dan mix lagi..
Tuang la atas kek..masa kek sejuk Kemudian parut chsee chedar
Semua kek simpan dalam peti dulu lepas tu baru makan..kalau nak marbles
Masakan Char Kuey Teow adalah antara yang digemari oleh seisi keluarga. Jika makan panas-panas memang sedap. Namun nak buat jadi lebih sedap bukan hanya bahan menumisnya tetap pesnya.
Ada rahsia untuk buat pesnya jadi lebih sedap untuk dicampur dengan masakan Char Kuey Teow.
Wanita ini berkongsi rahsianya, katanya setelah berkali melakukan percubaan akhirnya berjaya mendapat rasa masakan yang enak.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
RESEPI CHAR KUEY TEOW SEDAP & MUDAH
Lepas beberapa kali percubaan, inilah resepi char kuey teow yang saya dah olah dan paling menjadi. Bila rasa nak makan, mudah je sebab pesnya dah tersedia. Caranya cukup mudah.
BAHAN PES
1 kg udang (ambil kulit & kepala untuk buat pati) 2 senduk kicap manis 2 senduk kicap pekat 2 senduk sos tiram 2 kiub ikan bilis 2 sudu cili boh 6 ulas bawang putih diketuk
CARA-CARA
1. REBUS KULIT & KEPALA UDANG
Mula-mula siang udang, kemudian ambil kulit dan kepalanya. Rebuskan sampai masak/ bertukar warna oren.
2. KISAR & TAPIS
Biar sejuk sikit dan lepas tu bolehlah kisarkan kepala udang dan kulitnya bersama air rebusan tadi. Tapiskan hampas dan ambil airnya. Hampas tu boleh buang atau buat baja
3. MASAK PES
Kemudian ambil pati udang tadi dan masak semula atas api. Campurkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh ke dalam air tapisan udang tadi. Lepas tu tambahkan 6 ulas bawang putih yang diketuk.
4. TUNGGU HINGGA PEKAT
Bila semua bahan tadi dah mendidih, perlahankan api dan biarkan dalam 30 minit atau lebih. Air rebusan tadi akan menjadi lebih pekat dan bawang putihpun dah hancur. Boleh tengok beza garisan atas masa awal masak dan garisan bawah selepas 30 minit.
5. MASAK DENGAN KUEY TEOW
Bila dah siap pesnya tadi, sekarang bolehlah kita guna pes ni untuk masak char kuey teow.
MUDAH AJE MASAK LETAK PES CHAR KUEY TEOW, GERENTI SEDAP!
Masak sepinggan sepinggan lagi sedap tau, baru rasa dia ‘kick’! Caranya, tumis 2 ulas bawang putih dan masukkan udang. Letak 1 senduk pes char kuey teow tadi dan sedikit air. Tambah kuey teow, lepas tu pecahkan telur sebiji. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Last sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Siap
Kesempatan bertemu dengan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam satu majlis khas sempena meraikan ulang tahun kelahiran 2 orang anaknya iaitu Soffya dan Zahri,...