Hari-hari masak lauk simple je, semua dah bosan tengok sebab asyik berulang menunya. Dah alang-alang esok cuti, apa kata esok pagi bangun awal pergi pasar cari bahan buat nasi kerabu!
Apa, tak reti buat? Haaa jangan risau! Min nak belanja la ni resipinya dari Nora Azni atau lebih dikenali sebagai mamaohsem! Mesti anak teruja tengok nasi warna biru kan. Tunggu apa lagi, jom catit bahan apa nak masak untuk esok! Hehe
Resipi Nasi Kerabu Mamaohsem
Resipi Nasi biru
Bahan-bahannya :-
– Sebatang serai (diketuk)
– 6 helai daun limau purut (buang urat tengah)
– Beras biasa
– Bunga telang(kalau takde boleh guna pewarna, saya guna pewarna biru)
– 3 titik pewarna biru (boleh kurang kan ye, sebab nasi saya biru sangat)
Cara-caranya :-
Basuh beras, campur semua bahan dan masak nasi mcm biasa.
Resipi sambal nyor atau sambal kelapa
Bahan-bahannya :-
– Sebiji kelapa parut
– 6 ekor ikan selayang
– 2 batang serai
– 7 biji bawang merah kecil
– 2 keping hirisan halia
– lada hitam
– Garam
– Gula
Cara-caranya :-
– Mula-mula goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak. Sebaik nye guna api sederhana ye. Takut kang hangit.
– Part goreng kelapa ni lame jugak, kena selalu kacau-kacau, nak bagi masak serata elok. Goreng kelapa kena sampai garing dan bertukar kaler ke perang. Dah siap. ketepikan.
– Ikan selayang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Lepas tu ambik isi ikan je.
– Goreng atau sangai ikan dalam kuali tanpa minyak. Bagi kering-kering sikit. Ketepikan.
– Hiris nipis serai, kemudian tumbuk bersama bawang merah, halia dan sedikit lada hitam.
– Masukkan ikan yang digoreng tadi, tumbuk agak-agak lumat. Dan keluarkan dari lesung.
– Kelapa yang digoreng tadi, tumbuk sekejap je.
– last sekali campurkan ikan, kelapa yang ditumbuk, garam dan gula. Kena gaul sebati. Guna tangan. Pakai sarung tangan plastik tau.
– Dah siap sambal nyor.
Ads
Resepi tumis budu
Bahan-bahannya :-
– 2 batang serai 1 diketuk 1 lagi dikisar*
– 5 ulas bawang merah kecil*
– 3 ulas bawang putih*
– 3 keping hirisan halia*
– 10 tangkai cili kering*
– nisse atau gula melaka*(pakai 2 sudu besar)
– 5 sudu besar budu(brand tak kisah, saya pakai budu cap tere)
– Santan
– 1 keping asam gelugur
– Garam (kena rase dulu, kalau masin tak payah letak garam)
– Sedikit serbuk aji
Cara-caranya :-
– Kisar bahan bertanda*
– Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, tambah 2 sudu besar minyak masak. Masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sampai garing.
– Lepas tu, masukkan santan, asam keping dan budu. Tumis lagi sampai pecah minyak.
– Rase dulu kalau dah masin tak payah letak garam,cuma letak sedikit serbuk aji.
– Siap dah tumis budu.
Kisar cili padi, cuka, dan garam. Leoas tu perah limau nipis. Dah siap.
Ulaman
– Daun serai atau daun samak(susah nak dapat jadi saya tak pakai)
– Kacang panjang
– Bunga kantan
– Taugeh
– Kobis
– Daun kesun
– Timun batang (taknak pon takpe)
– limau nipis
Semua ulam kat atas tu, dihiris.
Ini kobis, taugeh dan daun kesum.. Semua hiris. Taugeh tu sedap sangat.. Krup krappp uols.
Ads
Lauk
– Telur masin (rebus)
– Ikan selayang goreng tepung. (saya guna tepung bestari je)
– Daging bakar
Resepi daging bakar
Bahan-bahannya :-
– Setengah kilo daging (tak potong, bakar seketul besar.
– Sebatang serai*
– 3 keping hirisan halia*
– 3 keping keping hirisan lengkuas*
– 3 ulas bawang merah*
– 2 ulas bawang putih*
– garam
– 1 sudu besar gula
Cara-caranya :-
Blend semua bahan bertanda*
Lumur semua bahan kisar, garam dan gula pada daging.
Perapkan. Saya perap 1 malam.
– Bakar guna pemanggang ajaib. Tak perlu bakar lama, kering sangat tak sedap. Tapi jangan la sampai tak masak pulak. Agak-agak uols la ye.
Perkongsian Amran Husni berkaitan cara menyediakan minuman Cappucino di rumah menarik juga untuk kita mencuba sendiri. Maklumlah minuman yang lazat ini, biasanya dijual di cafe-cafe yang ternama dan pastinya harga yang ditawarkan boleh tahan juga harganya.
Bayangkan bila kita sekeluarga teringin merasai kehebatan rasa minuman tersebut, mahu kempis juga dompet dipoket seluar. Jadi apa kata, kita rajinkan diri untuk menyediakan minuman ini dengan mengikut langkah dan cara yang dikongsikan oleh Amran ini.
Ini perkongsiannya:
Dulu masa balik dari Melbourne lawat adik aku grad, aku start gila kopi. “Coffee Culture” kat sana tak sangka sangat besar dan pelbagai sebab banyak Italian, French & Europe yang settle down di sana bawa budaya kopi mereka dan diolah pula dengan budaya hipster Aussie.
So memang banyak kafe-kafe hipster yang jual kopi sedap. Sebab tu Starbuck terpaksa tutup 84 oulet depa. Memang overrated pun Starbuck ni. Dan kebelakangan tahun ni banyak orang Malaysia yang pernah rasai sendiri Coffee Culture di sana balik ke sini dan buka coffee shop yang sangat menghargai rasa kopi yang terbaik. Contoh macam espressolab, artisan coffee dan banyak lagi.
Tapi masalah aku pula kat sini, secangkir kopi mau nak lebih dari RM10. Hari-hari minum dah berapa. So aku google la cara yang ekonomi dan ubahsuai untuk aku enjoi kopi dengan cara yang murah, sedap dan senang. Suka Ahmad Maslan kalau dengar ni.
Ok ini cara nak buat secangkir cappucino yang lazat setanding cafe hispter di luar sana.
Aku beli kopi tesco je. Yang dah siap gilis. Harga yang hitam tu RM18 dan merah RM10. So boleh la buat dalam 30-40 cawan. Terpulang korang nak cari brand dan jenis camana.
Ni namanya french press. Beli kat MR.DIY dalam RM10. Banyak jenis dan yang bagus brand BODUM. Mahal tapi tahan. So bubuh la dalam 8 sudu kecil serbuk kopi. Nak lagi umphh letaklah dlm 10-15 sudu. Ikut selera masing-masing.
Bubuh air panas dalam 80ML. Jangan letak air mendidih nanti kopi akan hangit. Dan kacau guna sudu perlahan. Pastikan guna sudu plastik, kaca dan kayu. Jangan besi sebab boleh jejaskan rasa kopi tu.
Lepas 3-4 minit tekan perlahan-lahan batang tu. Jangan lama sangat rendam kopi tu sebab akan hangitkan rasa kopi tu. Bubuh dalam cawan dan bersihkan french press tu.
Panaskn susu segar. Aku selalu guna goodday fresh milk. Dalam 80ML dan tutup api bila dah nampak susu tu berasap. Jangan sampai mendidih nanti jadi ketulan keju lak.
Tuang dalam french press tu dan kocak susu tu guna penekan tu sampai buih jadi sama dengan kuantiti susu.
Inilah hasil kocakan tadi. Buih sama dengan level susu.
Dan tuang perlahan2 bersama kopi tadi.
Tadaaa…. siap! Tambah la gula satu sudu. Kalau nak rasa manis. Ikut selera memasing k. Nak buat corak mcm kat kedai tu aku xreti la. Janji leh minum masuk tekak aku, settle.
Ekstra Tip
Ini portion kalau nak buat cappucino. So kalau guna 60 atau 80 atau 90 ML espresso, susu n form pun kena level yg sama.
Setiap kali bulan puasa beli makanan di bazar Ramadan tu wajib tapi sekali-sekala mesti nak masak sendiri di rumah kan? Chinese Handmade Noodles resipi paling mudah dan sedap yang boleh buat sendiri.
Makan tanpa nasi pun boleh kenyang. Jadi, apa kata anda cuba resipi ini yang pastinya meningkatkan selera dan memberi tenaga selepas seharian berpuasa.
Halia memang punya banyak khasiat untuk kaum wanita khususnya bagi yang sudah berkahwin. Antaranya membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi. Jadi, buat anda yang belum mengamalkannya, bolehlah mulakan dari sekarang.
Buang Angin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
Redakan Tekanan
Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.
Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Atasi Masalah Pencernaan
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
Hilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka cantik tapi badan berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.
Menghangatkan ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
sumber: mrtengkuasmadi.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...