Teringin Nak Buat Nasi Dagang Tapi Tak Reti? Ibu Ni Tunjuk Satu-Satu, Jadi Mudah Nak Buat!

Share

Teringin Nak Buat Nasi Dagang Tapi Tak Reti? Ibu Ni Tunjuk Satu-Satu, Jadi Mudah Nak Buat!

Jika selama ini ada yang teringin nak masak nasi dagang tapi belum pernah mencubanya, apa kata ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Puan Haadii Nadia ini. Setiap langkah dijelaskan secara terperinci untuk memudahkan anda yang pertama kali ingin mencuba memasak menu tradisi Terangganu ini.

 

 

Jadi usah tunggu lagi, jom hadam dulu cara penyediaannya dan kemudian bolehlah disediakan untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Cara saya buat nasi dagang (mudah je)

1-Beras basmathi 2 pot (sy guna beras basmathi pusaking cap rambutan)

2-Beras pulut saya guna cuma 2 sudu (saya tak suka sangat rasa berpulut jadi saya kurangkan, jadi kalau korang suka berpulut boleh tambah sukatan)

*bahan2 atas ni rendam 1-2 jam,saya rendam 1 jam

3-halia mayang halus

4-bawang merah mayang halus

5-santan(saya guna santan M.S setengah kotak)

6-garam

7-gula

8-halba (2 sudu besar)

Cara-caranya;

1-Kukus beras dan beras pulut sampai separuh masak

2-Letak beras dan beras pulut yang di kukus separuh masak tadi dalam bekas/besen (lagi besar lagi elok),ketepikan

3-Kemudian dalam mangkuk masukkan santan,halia,bawang,halba,gula,garam. Kacau sampai sebati, lepas tu masukkan ke dalam bekas/besen berisi beras dan beras pulut tadi kemudian arung/gaul sampai rata/sebati..arung/gaul perlahan-perlahan untuk elakkan nasi patah.

4-Kukus lagi sekali sehingga masak, kemudian letak dalam bekas di alas daun pisang, tekan-tekan sedikit biar mampat..tutup dengan daun pisang dan sedia dihidang.

 

 

Gulai Nasi Dagang

1-Rebus ikan aya/tongkol ,air tu biar tenggelam ikan bersama asam keping dan garam. Rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan

Bahan-bahan untuk step seterusnya;

Bawang merah 11 ulas

Bawang putih 1 labu

Halia seinci

Cili kering segengam(di rebus)

Semua bahan di atas dikisar

Rempah kari ikan adabi(plastik biru 1 peket kecil)

Rempah gulai cap bunga rose (1 peket kecil)

Santan 2 kotak (saya guna M.S size kecil)

Air

Asam keping

Gula nisang/kerek/melaka

Garam

Cili api merah dan hijau

Cara-caranya:

1-Letakkan minyak agak banyak dalam kuali untuk menumis, tunggu minyak panas baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose, sedikit air bersama gula nisang (saya guna nisang separuh kerek) tumis sampai pecah minyak dan kering. Saya ulang step ni 3x (kering,tambah air(ni kalau korang nak tambah air rebusan ikan pun boleh,saya tak buat sebab saya takut masam, saya tak suka gulai masam) ulang 3x sampai rempah kering/pecah minyak, jangan hangit pula) api sederhana ye. Ketepikan

2-Selepas itu dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air(sukatan air saya masukkan air dalam kotak santan M.S size kecik ,air saya guna 1 kotak santan), kemudian masukkan bahan yang di tumis tadi dalam periuk berisi santan. Bukak api, kacau sampi sebati, masukkan garam,asam keping,ikan yang di rebus,cili padi hijau dan merah..masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Siap

Maklumat Penting untuk dah cuba tapi kuah/gulai tak berapa merah lepas masak:-

-jika kuah/gulai korang tak  merah sangat,myb masa tumis tadi cili kisar letak agak sikit, korang boleh tumis darat lepas tu curah dalam kuah/gulai yang dah siap tadi.

Cara saya: Dalam kuali letak minyak,lepas tu tumis cilikisar dalam 5 sudu besar sampai naik minyak,dah siap korang curah la ke dalam kuah/gulai yang dah siap tadi.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

 

Acar timun

1-Timun potong bulat-bulat dan selepas itu belah 4, buang biji. Kemudian hiris halus-halus

2-Carot pun potong bulat-bulat lepas tu hiris halus

3-Bawang merah 2 biji hiris halus

4-Lada besar 1 biji buang biji hiris halus

5-Gula 3 sudu besar

6-Garam 1 sudu kecil

7- Cuka 3 sudu besar

gaul semua bagi sebati, siap

 

Telur rebus kuning tak keras,cantik oren

1-Didih kan air agak-agak tenggelam telur (telur suhu bilik)

2-Selepas air mendidih,masukkan telur slow2 tak nak bagi dia retak,set masa 6mint,selepas 6 minit tutup api dapur..biarkan lagi dalam periuk 3 minit..lepas tu cepat-cepat angkat alirkan bawah air paip..kupas ketika masih panas di bawah air mengalir

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club