Teringin Nak Buat Lemang, Buat Je Lemang Cawan Kukus Ni. Senang Buat & Rasanya Sedap Macam Ketupat Palas!

Share

Diakui memasak lemang buluh bukanlah kerja sejam dua boleh siap, mahu seharian masadiperlukan bermula dari merendam pulut hinggalah membakar lemang. Memang cukup lama dan hanya yang mahir dan berpengalaman serta sabar sahaja dapat membuatnya.

Pun begitu, dalam kita beraya di musim PKP ini andai terasa teringin juga untuk menikmati lemang di pagi raya bersama keluarga, apa kata anda sediakan sahaja menu Lemang Cawan Kukus yang dikongsikan oleh Nur Masri.

Lemang ini dimasak secara kukus dan uniknya untuk mendapatkan bentuk lemang buluh, pulut dimasukkan  di dalam cawan kertas yang telah diisi dengan daun pisang. Ini bagi memberi rasa sama macam lemang yang dimasak secara tradisi. Cukup kreatif dan nampak mudah untuk kita sediakan.

Untuk itu, jom kita masak Lemang Cawan Kukus ini di pagi raya untuk memberi kemeriahan kepada anak-anak menikmati hari raya dengan juadah istimewa. Selamat mencuba.


Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je….Rasa ok je lemang ni, macam ketupat palas pon ada sebab kukus, guna pulut susu memang lembut …sedap.


RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS
Bahan- bahan
2 kg pulut susu rendam 4 jam
3 biji kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak
Daun pisang
Cawan kertas

Cara-caranya :
1. Letak daun Pisang keliling cawan kertas


Dapat 20 cawan

2. Isi 5 Sudu besar beras pulut


3. Isi santan lebih sikit dari paras beras pulut


4. Susun dalam periuk kukus

5. Kukus selama1 jam setengah


6. Siap, daun Pisang yg lbh bagn ats Tu blh lipat ke bwh tekan2 cikit bghn ats pulut bg rata.


7. Dh sejuk boleh potong.

Sumber : Nur Masri

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club