Teringin Nak Buat Donut Pandan Gebu, Hanya Ni Cara Terbaik Ibu Boleh Masaknya!

Share

Lain orang lain cara atau petua memasak , ini jugalah bila bercerita tentang membuat donut. Rupanya ada bermacam-macam resipi dan cara.

Salah satunya sebagaimana yang dikongsi oleh Nadirah ini, memang special dan unik resipi membuat donutnya dan jika dilihat hasil donutnya yang gebu, memang buat kita teringin hendak mencuba.

Ni perkongsiannya.


Danut Pandan Asli Tau Ni.Takde nye Buh Perase2 Pandan Takde. Baaaaauuu Die hmmmm..Boleh Malayang2 Rasa Nak Terbang Oii

Malam Ni Free.Fr Nak Share Resepi Donut Pandan Yang Sy Buat Jualan Di Seri Manjung Perak.

Tp Kena Sabar Dengan resepi Doh Sy Nie
Resepi Doh Sy Sangat Lah Lembik
Tapi Result Dia, Pergh !50pcs Rilek Je Cust Buat Makan Petang Kat Rumah

Ini Resepi Cara Sy Yee.Resepi Untuk Uli Mixer Je Tau. Klau Uli Tangan Tak Perlu Guna Air Sejuk Gedi. Dan Mesti Kurangkan Kuantiti Air

Donut Pandan Asli

1kg Tepung
150g Marjerin
7 sb gula
15g Garam
2 bj Telur
20g k.Fine Cream (blh google)
80g Susu Pekat
7 sk Yis
80ml Air Suam
430 ml Air Daun Pandan
Sedikit Pewarna Hijau

Bancuh Yis Dengan Air Suam
Tunggu Sampai Berbuih

Uli Semua Bahan Tadi Dengan Mixer
*Guna Air Pandan Yang Sangat Sejuk

Kemudian Frozenkan Doh

*Donut Lebih Besar Dan Gilerr Lembut
*buh lam plastik dan ikat mesti ikat kalau tak habis doh merayap memanjat kot dlm freezer yang ni tak tipu.
*yis akan stop kembang bila beku jadi sementara nak beku tu dia dok kembang lg tau tp slow

Nak Guna Keluarkan Dari Freezer

*Sy Tak Canai doh Tau Sebab Doh Lembik

Apa Yang Saya Buat

1.Tumbuk Doh
2.Rehat
3.Bulatkan
4.Rehat sejam
5.Lubangkan
6.Rehat 1/2 jam

Banyaknya Berehat Donut Aku Ni . Patotla Gendot Semacam

7. Dan Goreng
8.Agak2 Suam. Salut Donut Dengan Gula Caster

8.Siap.

Ekstra info

*Donut Yang Tak Cukup Rehat Akan Lambat Masak Bahagian Dalam.Bila Buat Lubang Doh Mengecut Tu Tanda Tak Cukup Rehat.kalau Cukup Rehat Doh Steady Je Lepas Lubangkan

*Cara Goreng Pun Kena Btul Tak Boleh Balik2 Selalu Nanti Makan Minyak.letak Donat Terus Balik Biar Perang Balik Sekali Lagi Tggu perang angkat!!! Ni Tips Penting Ni Ingt Ye Dua Kali Balik Saja.

Sumber : Nadirah Ismail Via MAHN