Lain orang lain cara atau petua memasak , ini jugalah bila bercerita tentang membuat donut. Rupanya ada bermacam-macam resipi dan cara.
Salah satunya sebagaimana yang dikongsi oleh Nadirah ini, memang special dan unik resipi membuat donutnya dan jika dilihat hasil donutnya yang gebu, memang buat kita teringin hendak mencuba.
Ni perkongsiannya.
Danut Pandan Asli Tau Ni.Takde nye Buh Perase2 Pandan Takde. Baaaaauuu Die hmmmm..Boleh Malayang2 Rasa Nak Terbang Oii
Malam Ni Free.Fr Nak Share Resepi Donut Pandan Yang Sy Buat Jualan Di Seri Manjung Perak.
Tp Kena Sabar Dengan resepi Doh Sy Nie
Resepi Doh Sy Sangat Lah Lembik
Tapi Result Dia, Pergh !50pcs Rilek Je Cust Buat Makan Petang Kat Rumah
Ini Resepi Cara Sy Yee.Resepi Untuk Uli Mixer Je Tau. Klau Uli Tangan Tak Perlu Guna Air Sejuk Gedi. Dan Mesti Kurangkan Kuantiti Air
Donut Pandan Asli
Ads
1kg Tepung
150g Marjerin
7 sb gula
15g Garam
2 bj Telur
20g k.Fine Cream (blh google)
80g Susu Pekat
7 sk Yis
80ml Air Suam
430 ml Air Daun Pandan
Sedikit Pewarna Hijau
Bancuh Yis Dengan Air Suam
Tunggu Sampai Berbuih
Uli Semua Bahan Tadi Dengan Mixer
*Guna Air Pandan Yang Sangat Sejuk
Kemudian Frozenkan Doh
Ads
*Donut Lebih Besar Dan Gilerr Lembut
*buh lam plastik dan ikat mesti ikat kalau tak habis doh merayap memanjat kot dlm freezer yang ni tak tipu.
*yis akan stop kembang bila beku jadi sementara nak beku tu dia dok kembang lg tau tp slow
Nak Guna Keluarkan Dari Freezer
*Sy Tak Canai doh Tau Sebab Doh Lembik
Apa Yang Saya Buat
1.Tumbuk Doh
2.Rehat
3.Bulatkan
4.Rehat sejam
5.Lubangkan
6.Rehat 1/2 jam
Ads
Banyaknya Berehat Donut Aku Ni . Patotla Gendot Semacam
7. Dan Goreng
8.Agak2 Suam. Salut Donut Dengan Gula Caster
8.Siap.
Ekstra info
*Donut Yang Tak Cukup Rehat Akan Lambat Masak Bahagian Dalam.Bila Buat Lubang Doh Mengecut Tu Tanda Tak Cukup Rehat.kalau Cukup Rehat Doh Steady Je Lepas Lubangkan
*Cara Goreng Pun Kena Btul Tak Boleh Balik2 Selalu Nanti Makan Minyak.letak Donat Terus Balik Biar Perang Balik Sekali Lagi Tggu perang angkat!!! Ni Tips Penting Ni Ingt Ye Dua Kali Balik Saja.
Sumber : Nadirah Ismail Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kurus, muda dan sihat bukan jaminan anda tidak akan menghadapi masalah kolestrol. Nka nak lagi dengan pelbagai juadah raya yang enak dan sedap ini.
Justeru kena hati-hati terutama dalam pengambilan makanan yang berpotensi boleh menyebabkan masalah kesihatan ini menyerang anda.
Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.
Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.
Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:
Bahan-bahan:
– 500 gram bawang putih
– 500 gram halia
– 1 cawan perahan lemon
– 1 cawan apple cider
– 1 cawan madu
Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pulak dan tapis jusnya.
2. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.
3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
– 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
– 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur
Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendengar report daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap hari ada sahaja pertambahan kes baharu positif Covid-19.
Itu bermakna rantaian Covid-19 masih belum diputuskan. Hal ini cukup membimbangkan kita semua.
Umumnya selama ini kita faham bahawa pesakit Covid-19 ini akan menunjukan simptom-simptom yang tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas, malahan sakit tekak / selsema.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu bahawa seseorang yang dijangkiti coronavirus ini ada juga yang tidak menunjukkan sebarang simptom yang tipikal.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh doktor Khairul Faize ini. Jom semak perkongsiannya.
China semalam ( 1 April 2020) telah mengeluarkan data terkini yang merisaukan, iaitu 1300 kes positif Covid 19 yang asymptomatic.
ASYMPTOMATIC bermaksud tiada simptom.
Anda dijangkiti coronavirus ini, dan anda tidak menunjukkan sebarang simptom yang tipikal seperti demam, batuk, susah bernafas. Malahan sakit tekak / selsema / sakit sakit badan pun tiada.
asymptomatic carrier
Anda menjadi ‘asymptomatic carrier’, bermakna anda membawa dan menyebarkan coronavirus tanpa anda & orang keliling anda sedar.
Pihak CDC menganggarkan bahawa ‘asymptomatic transmission ‘ boleh menyumbang setinggi 25 % kes.
Data data sedia ada sebelum ini menunjukkan, ramai antara mereka tiada sebarang simptom / gejala semasa mereka disahkan positif.
Contohnya dalam kes penumpang kapal layar Diamond Princess, dari 700 lebih yang di test positif, 46% dari jumlah ini tiada sebarang gejala semasa mereka diuji.
Dari jumlah yang asymptomatic ini pula, ada pecahan yang dipanggil ‘presymptomatic ‘, iaitu semasa diuji postif mereka tiada simptom, namun beberapa hari selepas itu baru menunjukkan simptom.
Pre symptomatic
Dan yang pre symptomatic ini pula ramai yang hanya menunjukkan ‘mild to moderate symptoms ‘ sahaja, iaitu simptom biasa biasa ( seperti demam batuk yang biasa / sikit sikit).
Atas perkembangan kes asymptomatic carrier ini lah maka di pihak public health experts mereka menimbangkan saranan untuk semua orang perlu memakai face mask ( bukan hanya mereka yang sakit & golongan healthcare workers – ini saranan WHO dan KKM memakai saranan ini )
Dan atas perkembangan asymptomatic carrier inilah teramat amat pentingnya Social Distancing.
Patuhi arahan PKP negara kita. Kurangkan / minimumkan berjumpa orang lain. Sebab social distancing bukan hanya untuk yang sakit. Yang sihat pun perlu buat sebab anda mungkin asymptomatic carrier.
Andaikata saya bukan doktor, saya sudah pasti tak kisah duduk terperap di rumah. Saya amat pelik tengok manusia yang dibayar gaji penuh, dan disuruh buat kerja mudah — stay at home, namun susah sangat mereka ini nak patuhi.
Bukannya tiada internet, TV di rumah, bukan suruh stay at cave ( duduk dalam gua).
**** Cara tipikal coronavirus tersebar ialah menerusi ‘respiratory droplets’ yang keluar bila pesakit batuk / bersin.
Maka dalam kes asymptomatic carrier, kadar jangkitan agak rendah sebab kemungkinan virus ini utk keluar dari tubuh pesakit yg tiada simptom ini ialah menerusi wap pernafasan ( semasa bercakap / gelak ). Tu sebab, social distancing itu penting.
**** Jangkitan juga boleh masuk menerusi MATA , selain hidung dan mulut. Perhatikan kita pakai face mask, mata tak tutup.
Tu sebab healthcare workers kami pakai face shield. Maka kalau tanya saya, kalau nak betul betul berjaga jaga semasa keluar, pakailah cermin mata.
Risiko jangkitan masuk ke mata tetap ada walaupun amat rendah, sekitar 1- 2 % ( kes kes simptom Covid 19 dalam bentuk conjunctivitis / sakit mata ).
Dan yang pakai spek bila keluar, bila balik jangan lupa cuci / disinfect spek anda.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi Puan Naima Yuzi dan suaminya, Affizan Sarif, saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Andai boleh ditukar ganti mungkin itu yang mereka mahu, namun jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditangan Pencipta.
Titisan air mata sang ibu cukup meluahkan segalanya. Keperitan yang dipendam sedikit sebanyak terungkap dek wajah yang suram dan penuh hiba. Biar bibir masih mampu melayangkan senyuman, namun jauh dek sudut hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Cukup minat dengan pasukan bomba, Adik Akmarul Haikal Affizan cukup bertuah kerana impiannya untuk menyambut hari jadi ke 12 bersama abang bomba dimakbulkan. Majlis berlangsung di Wad 7A, PPUM baru-baru ini, nyata menyuntik senyuman Akmarul biarkan tampak cukup lemah ketika itu.
Sambil menantikan kehadiran pasukan Bomba Dan penyelamat dari Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Hussaini, Akmarul terlelap seketika.
Penulis yang berpeluang menghadiri majlis ketika itu berkesempatan menemu bual ibunya, Naima Yuzi berkenaan penyakit yang dihadapi anak sulungnya itu.
“Akmarul lahir normal tanpa ada sebarang masalah, sehinggalah usianya menjangkau setahun, kesihatannya mulai merosot. Demam, muntah-muntah, perut buncit, dan berak berdarah. Sehinggalah dibuat pemeriksaan terperinci, doktor mengesahkan Akmarul yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease atau bahasa mudahnya Usus Kronik dan radang otak.
“Waktu itu, punggungnya bernanah, apa sahaja maknanan yang ditelan keluar balik, dan ususnya di luar. Usus besarnya bermasalah dan penuh nanah. Doktor cakap buatlah apa yang dia kerana sekarang Akmarul bergantung pada ubat semata.
“Sebelum ini kami pernah sampai ke Jerman untuk rawatan. Waktu itu usianya baru 8 tahun. Menurut doktor, penyakit Akmarul ini sangat kronik dan kami terpilih antara pesakit di Asia untuk mengikuti rawatan di sana. Pihak Jerman yang taja dan minta kami ke sana.
“Awalnya saya dan suami menolak kerana tak ada duit, tetapi doktor yang merawat Akmarul bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk mendapatkan dana. Alhamdulillah masalah kami didengari dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk kami membeli peralatan dan barangan keperluan ke sana. Sampai di sana bukan hanya Akmarul, sebaliknya kami satu keluarga juga di ambil sampel darah dan di buat ujian itu ini.
“Selepas pulang ke Malaysia, saya menunggu juga laporan kesihatan tapi alasan mereka masih dalam kajian. Rupa-rupanya pihak sana juga tidka mampu berbuat apa-apa. Baru-baru ini saya tanyakan tahap kesihatan Akmarul yang makin merosot hari ke hari, jadi doktor yang merawatanya berterus-terang, penyakit anak saya ini kedua paling kronik di dunia. Yang pertama dari Pakistan, tetapi sudah meninggal dunia. Hanya mampu bertahan dua tahun. Hanya Akmarul yang kuat semangat dan melawan penyakit. Itu yang dia masih bertahan sehingga berumur 12 tahun sekarang.
“Tetapi kata doktor lagi, sampai satu tahap beginilah keadaannya, selalu sakit-sakit. Jadi, saya tanyakan sama ada Akmarul ada harapan atau tidak. Doktor cakap sekarang segalanya bergantung kepada Akmarul sama ada kuat dan mampu bertahan. Memang penyakitnya tidak dapat disembuhkan sebaliknya hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.
‘Doktor pun sudah terangkan sampai satu tahap Akmarul akan bergantung dengan ubat dan akan selalu keluar masuk wad. Dari tahun lepas lagi memang nampak perubahan dia. Dulu dia aktif walaupun tidak boleh berjalan dan pergerakannya cukup terhad, manakan tidaknya dia terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Tetapi sekarang walaupun dia atas kerusi roda pun dia tak larat dan nampak penat. Sekarang ini kami ikut segala apa kemahuan Akmarul. Di rumah kalau nampak dia tidak sihat kami akan bawa ke hospital.
“Kadang-kadang baru sampai rumah dia sakit semula dan cepat-cepat kami bergegas ke hospital semula. Sekarang ini kalau Akmarul minta nak balik rumah kami akan bawa, kemudian sakit kami akan kembali semula ke hospital. Boleh dikatakan hospital sudah menjadi rumah kedua kepada Akmarul.
“Saya ada seorang lagi anak, dan dia selalu selalu tanya, ibu tak sayang adik ke, asyik dengan abang sahaja. Waktu itu saya tidak tahu apa yang patut cakap sebab dia masih kecil. Dalam usia 8 tahun dia terpaksa menumpang kasih orang lain kerana saya banyak berulang alik ke hospital menguruskan abangnya.
“Kalau ditanya tentang sudahkah saya bersedia ‘kehilangan’ Akmarul, Ibu mana yang sanggup kan. Tetapi melihat anak menderita sebegini, kalau boleh biarlah dia ‘pergi’ dari menderita sakit begini. Sedih memang sedih, ibu mana yang tak ralat kan tetapi saya sudah tak sanggup melihat anak saya terseksa sakit. SAYA SUDAH REDA DAN BERSEDIA KEHILANGAN AKMARUL.
Dalam masa yang sama, doa saya tidak pernah putus supaya ada keajaiban untuk Akmarul. Namun jika Tuhan sudah menetapkan begini, saya reda dan cukup bersedia. Sekarang ini yang penting saya mahu penuhi segala keinginan Akmarul supaya bila dia ‘pergi ‘ nanti tidak ada ralat di hati saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada para doktor, jururawat, keluarga, rakan-rakan dan pelawat yang datang meraikan dan melawat Akmarul selama ini. Jasa doktor dan jururawat memang tak mampu saya balas,”ujar Naima sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...