Bila hati sudah berkenan, ketika itu akan diusahakan untuk dapat memilikinya. Begitulah halnya yang terjadi pada seorang isteri ini yang cukup berkenan dan teringin untuk memiliki frame yang menjadi ‘kegilaan’ antara pencinta dekorasi kediaman.
Namun dek kerana harganya agak mahal, maka siapa sangka pasangan suami isteri ini cukup kreatif menghasilkannya dengan hanya bermodalkan RM 60 sahaja.
Ini perkongsiannya:
Hai semua.Segan juga nak share di sini.Tapi ada rakan suruh share sebab katanya boleh bantu orang lain yang teringin ada frame macam ni,boleh juga buat bila kongsi idea DIY ini.
Frame ini adalah hasil kerja suami saya.Mesti ramai mengidam frame SSF/mana-mana frame yang viral sekarang dari China tu kan.
Di SSF harga memang beribu,kalau beli dengan PS direct shiping China agak murah sedikit tapi masih belum mampu beli..kalau saya lah memang tak mampu.
Makanya,saya pujuk suami buatkan saya frame ni tapi dengan hanya menggunakan barang yang dibeli di kedai ECO Shop sahaja.
Modal keseluruhan lebih kurang RM60.Itupun ada bahan lebihan macam spray tak habis pun digunakan.
Daun tu asalnya warna putih tapi saya minta suami spray warna gold dan hijau.
Manakala kepingan kayu di syelek kan.Tampal di atas frame kayu menggunakan gam kayu.
Pemegang daun menggunakan lidi yang juga dibeli dari ECO shop.Sangat jimat kan.
Rasa seronok bila tengok hasil nya begini walau tidak setanding dengan dipasaran.Lagipun di pasaran mereka menggunakan material seakan aluminium agaknya lah,tapi yang DIY ni menggunakan kayu. Jadilah kan buat penyeri ruang dinding rumah kami..yang penting di situ ada usaha suami merealisasikan impian isteri dengan cara yang dia mampu.
Moga boleh menjadi sumber idea pada rakan group ini untuk cuba juga DIY frame idaman masing-masing dengan bajet masing-masing.
Maaf step DIY frame ni tiada.sebab suami saya buat kerja tak suka sibuk dengan handphone. Saya pun tiada di rumah masa dia buat frame ni untuk ambilkan gambar step by step suami buat.
Sumber : Norul Hayati via Deko Rumah Ku Syurga Ku