Teringin Makan Kuah Kacang Tapi Alergi Belacan, Boleh Buat Sendiri Ikut Sebiji-biji Resipi Ni. Memang Padu Rasanya!

Share

Reaksi alergi atau alahan pada makanan tertentu seperti belacan sering menyebabkan seseorang akan kerap terbersin, kegatalan, selesema dan sebagainya.

Ini kerana belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil atau geragau yang dimampatkan. Belacan juga  mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan tidak dinafikan ramai menggemarinya.

Bila alergi makan makanan yang mengandungi belacan dan atas sebab ini juga, ada yang lebih selesa untuk menyediakan sendiri menu untuk pastikan masakan yang dimasak lebih selamat dimakan tanpa kesan kegatalan dan sebagainya.

Umpamanya dalam menyediakan menu kuah kacang yang dikongsikan oleh Cr Nur Hafizah di salah satu group masakan di facebook.

“Kuah kacang. Takde belacan, takde santan. Resepi arwah bonda mak senior sekolah dulu. Resepi kredit untuk kak asma Nurul Mansor.” Tulisnya dikapsyen posting hingga menarik perhatian warganet untuk mencuba resipi yang dikongsikan itu.

500g kacang tanah
13 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras (saya letak dua biji)
Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa paste adabi)
2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)
5 sudu gula (ikut resepi asal sedap kalau guna gula merah, tapi takada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)
Garam.
Perasa (resepi asal ada, tapi saya tak letak)
Saya tambah 2 batang serai

Cara Penyediaan: 

1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.


2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.

3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.

4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.

5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.

5. Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.

6. Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.

Sumber : Cr Nur Hafizah