Makan ikan bakar dan dapat pula digandingkan dengan air cicah air asam, memang cukup puas hati dirasakan. Apatah lagi jika menu tersebut daripada air tangan sendiri. Pasti suami dan anak-anak berselera menikmatinya.

Ini sebagaimana perkongsian Umira Nor Azazudin yang berkesempatan menyediakan menu ikan bakar apabila balik dikampungnya. Ternyata, menu yang dikongsikan ini nampak begitu menyelerakan dan ikan bakar tersebut mewah dengan bahan perapan yang pastinya menjanjikan rasa yang enak.

Jadi untuk yang teringin menyediakan sendiri menu ini,  jom ketahui apakah ramuan yang digunakan olehnya. Jom semak.

Throwback masak masa balik kampung haritu. Kat kampung je ada chance nak main bakar-bakar. Kat umah tak boleh, kejap lagi jiran marah baju bau asap. Sis duduk rumah kuarters bertingkat je. 

Teringin Makan Ikan Bakar Ni Resipi Boleh Cuba. Memang Terasa Ramuannya!

Ikan keli bakar cicah air asam power.

IKLAN

Nah sis edit letak resipi. Nak pakai ikan lain pon boleh. Ikut selera korang la. Nanti free-free korang try la.

Resepi ikan bakar
Blend or tumbuk semua bahan ni

Cili boh
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Halia
Serai
Garam
Gula
Asam jawa
Minyak masak

Dah siap blend boleh campurkan dengan daun kunyit yang dihiris. Serius bau dia menyengat masa bakar ikan ni

IKLAN

Perap ikan minimum 30 minit. Bakar pakai sepit ikan. Kalau takde, boleh bakar atas jaring. Alaskan dengan daun pisang. Oh ye. Bakar tu jangan guna api, Kang rentung pulak ikan tu. Bakar pakai bara tau.

Air asam power
Blend or tumbuk bahan ni.

Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Air asam
Garam
Gula

IKLAN

Hiris bahan ni

Cili api
Bawang merah
Limau kasturi

Dah siap blend. Campurkan dengan bahan hiris

 

sumber : Umira Nor Azazudin via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI