
Hebat rasanya kalau kulit wajah kita yang berusia ini bila disentuh terasa lembut seperti kulit bayi. Tentu wajah juga akan terlihat awet muda dan menawan.
Nak tahu apakah caranya, jom ikuti petua yang diamalkan oleh wanita ini untuk penjagaan kulit wajahnya kekal halus dan mulus.
“PETUA KULIT MULUS BAK BAYI”
Actually petua ni bukan ayu yang reka tapi beberapa tahun lepas masa kerja cashier drugstore ade customer nak bayar bagitau.So kita credit akak tu la ye.
Bahan-bahan :
Tomato
Minyak bayi
Cara Penyediaan :
1. Hancurkan tomato dan titiskan minyak bayi. Pastikan jangan terlalu halus untuk mudah disapukan pada seluruh wajah.
2. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Boleh juga dibiarkan semalaman.
3. Setelah itu cuci bersih dan kesannya dapat dilihat wajah terlihat pinkish berseri dan kulit wajah terasa lembut.
Sumber : Norzilaayu Ismail
Petua Turunkan Kolesterol. Modal Sikit Tapi Banyak Khasiatnya, Kulit Pun Cantik & Badan Rasa Ringan Je!

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua ini dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional. Selamat mencuba!
PETUA TURUNKAN KOLESTEROL
.
Skg ni tiap²pg kak yatt blend epal hijau dan setengah biji timun..pastu perah suku biji lemon dan 1 sudu besar madu.
Alhamdulillah..badan rasa ringan..buang toksin dalam badan..turunkan kolestrol..
Kulit pun cantek..😍
Moh cubaaa…
Jika Banyak Makan Ketika Beraya, Segera Buang Lemak Dengan Detox!

Tidak dinafikan sepanjang hari raya ni, pelbagai juadah yang enak-enak dihidangkan.
Dan kita sebagai tetamu tentu sahaja membuatkan terbuka selera untuk menjamah hidangan tersebut. Hinggakan bukan sekadar merasa, malah ada yang makan bertambah hingga kekenyangan.
Bila itu yang anda telah lakukan sepanjang dua tiga hari ini, rasanya tiba masanya untuk anda kembali amalkan detox agar lemak degil di dalam badan dapat disingkirkan.
Jika tidak bimbang juga berat badan akan bertambah tanpa disedari!
Jom kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi, lemak pun terhakis!
Bahan – bahan :
Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka
Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!
Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!
Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol
Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!
Cara :
1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari.
Sumber: Resepi orang kampung
10 Tahun Menanti & 16 Kali Lakukan Rawatan Kesuburan, Kisah Permaisuri Agong Usaha Mendapat Zuriat Jadi Sumber Inspirasi Wanita.

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebanagi lambang kasih sayang antara suami isteri.
Namun, tidak semua pasangan bertuah dan memiliki anak dalam tempoh yang singkat. Ada juga yang terpaksa menantikan bertahun-tahun, tak kurang yang harus melalui pelbagai rawatan dan ubat demi
Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.
Sumber inspirasi wanita
Sifat cekal dan tabah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar wajar dijadikan inspirasi buat wanita dan bakal ibu yang dalam usaha mendapat zuriat.
Kisah Baginda tular semalam selepas pembantunya, Saerah Ali, 85, bercerita mengenai Tunku Azizah. Dia yang sudah berkhidmat sejak 1986 hingga kini berkata, walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan baginda tidak boleh banyak bergerak, baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Tubuh TAFF
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu baginda’.
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Aktiviti kebajikan
Hamimah berkongsi cerita bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Hamimah berkata Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan baginda kepada rakyat.
Tunku Azizah yang dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 dan mempunyai sembilan cahaya mata.
Sumber: BERNAMA