Kalau sebut kek batik biskut merie, semestinya semua orang dah boleh imagine kejadianya yang dilitupi dengan coklat dan milo. Betul tak?

Bagi peminat coklat, kek batik ni sememangnya salah satu kegemaran mereka, lebih-lebih lagi sekarang ni divariasikan dengan topping cheese dan coklat, sama ala persis kek indulgence. Lagi bertambah selera lah nak makan!

Tapi tidak bagi individu yang tak gemar makan coklat! Hmm bukan tak gemar apa pun, siapa je yang tak suka dengan coklat kan? Tengok coklat pun dah boleh terliur tau! Hehe. Ada sesetengah individu akan terjejas kesihatan mereka jika mengambil coklat seperti sakit kepala.

Teringin kek batik tapi pada yang sama tak boleh nak makan coklat? Tak payah fikir panjang, ikut je resepi ni dari Food Viral ni, mudah sahaja dan paling penting sedap!

Teringin Kek Batik, Tapi Tak Boleh Makan Coklat. Cer Cuba Kek Batik Horlicks Ni, Memang Terbaik!

IKLAN

RESIPI KEK BATIK HORLICKS

Bahan-bahan:
– 250g butter
– 1/2 cwn susu pekat
– 200g horlick
– 1biji telur
– Sedikit pewarna putih
– 250g roti marie

Teringin Kek Batik, Tapi Tak Boleh Makan Coklat. Cer Cuba Kek Batik Horlicks Ni, Memang Terbaik!

IKLAN

Cara membuat:

> Guna api paling kecil,cairkan butter,dan tambah susu pekat.

IKLAN

> Masukan horlick sedikit demi sedikit dan pewarna putih,gaul sebati.Tambah telur yg telah dipukul,gaul laju. Tutup api.

> Akhir sekali masukan roti marie yg dipatah2 kecil.

> Masukan adunan dlm loyang atau bekas,tekan2 hingga padat dan rata.Sejukkan semalaman sebelum dipotong.

Teringin Kek Batik, Tapi Tak Boleh Makan Coklat. Cer Cuba Kek Batik Horlicks Ni, Memang Terbaik!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI