“Teringat Nostalgia Masa Kecil Dulu.” Syed Saddiq Imbau Kenangan Ibu Masak Siput Sedut Ketika Dia Demam.

Share

Setiap daripada kita pasti ada kenangan demam sewaktu kecil kan. Waktu itu, macam-macam karenah dan juga pelbagai permintaan kepada ibu bapa. Termasuklah bab makan.

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengimbas kenangan sewaktu kecil, ibunya Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sering menyediakan menu siput sedut sekiranya beliau diserang demam panas.

“Selepas buat lawatan mengejut ke Malaysian Future Leaders School Batch 2 di Negeri Sembilan, saya berhenti singgah makan tengah hari di Kedai Abang Sam, rembau/pedas N9.

“Makan siput sedut, teringat nostalgia masa kecil dulu, di Johor ibu selalu masak siput sedut waktu saya demam. Tuan kedai pula bukan saja hidangkan masakan sedap, layanan pun mesra. Kalau ke rembau singgah kedai Abang Sam ya,” tulis Syed Saddiq di ruangan instagramnya.

Perkongsian dari Syed Saddiq Posting menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memujinya kerana tidak kekok makan di gerai biasa.

dynadeennood nostalgia masa kanak kanak makan kiong & belut masakan ibu & nenek dengan bumbu kuning ? wisata kuliner ya bro menikmati sedapnya tutut ciput , gulai siput atau juga disebut siput sedut baik untuk kesihatan & mencegah penyakit maag & liver my?miowmiow meowmeow @syedsaddiq
?

alynnazman Masakan org negeri sembilan mmg sedap tuan saddiq? @syedsaddiq

ps_adibahliyana Teringat masakan suami sy. Siput sedut masak lemak cili padi. sedapp?

cky_79 Terbaik yb simple aje mkn gerai tepi jalan terus kan humble yb

wardah_almaqsurah YB,ibu saya pun suka mkn siput sedut ? geng lah ?

azurina_ Kedai mkn abg sam mmg terkenal sekitar rembau pedas..masakan sedap.harga berpatutan..ayam bakar dia antara yg tersedap…@syedsaddiq

iammeon Ibu yb bagi makan siput sedut tapi saya dapat makan panadol jaa ?

lubee868 @syedsaddiq kalo di indonesia itu namanya “tutut”… enak rasanya?

rfeeda_ali Akk pun suka mkn gulai siput sedut..org nismilan klu masak mmg sodap!!! Cenggini hah

nongchenormah Makcik salute pd En YB @syedsaddiq yg sudi mkn digerai berlapikkan pinggan plastik, gelas plastik & bersiput sedut lg……tk penah tgk sebelum ni seorg menteri sudi buat mcm ni….tahniah YB…anak muda yg berani.

ijohari Mau viral kedai abg sam ni lps ni YB

sakanjabeenbp Aduhai…sedap pulak tgk YB ni makan siput sedut…..fuhhh

Sumber: IG syedsaddiq