“Terimalah Sebagai Wasiat Iman & Pesanan Dari Ayah.” Aeril Zafril Titip Nukilan Khas Buat Anak Sulung Bikin Ramai Terharu!

Share

Baru beberapa hari menyambut hari ulang tahun kelahiran anak perempuan, kini pasangan sama cantik sama padan, Aeril Zafril dan Wawa Zainal sekali lagi mengadakan majlis. Kali ini untuk anak sulung mereka, Ahmad Fakharuddin Attar atau lebih mesra dengan panggilan Attar.

Sepertimana anak perempuan, Aeril juga turut membuat nukilan khas untuk anak sulung mereka sempena hari lahir yang ke- 8  tahun. Saban tahun, Aeril pasti tidak miss berkongsi catatan baik untuk isteri mahupun anak-anak setiap kali tiba hari-hari istimewa.

Hari ini genap usia 8 tahun putera ayah, AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR. Seperti selalu, biarpun semasa mendodoikanmu, ayah akan terus menitip pesan buat anakanda tercinta sebagai ole-ole pedoman untuk waktu mendatang…

Attar…bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi ‘manis’ akhirnya! Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah…

Sesungguhnya, mendahulukan dan mencari ‘REDHA ALLAH’ adalah kunci rahsianya. Attar kena genggam ini dan amalkan dalam hidup. insyaALLAH pasti ada jalan keluar dalam apa jua masalah yang menerpa. Ketahuilah nak, Kita tak kan mampu memuaskan hati semua manusia dan berbuat sesuatu untuk mencari redha manusia adalah hal yang sia- sia!

Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan.


.
Mudah2an di mana dan sebagai apapun Attar berdiri, ALLAH selalu memelihara dan melindungimu ketika penjagaan ayah tidak lagi sampai padamu. Namun walau sejauh mana pun terpisahnya kita, tetap nanti ada untaian doa dan kiriman ‘hasanah amal jariah’ bagi ayah dan mama.

Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik . Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu…

Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredhai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingat kan juga janji mereka pada ayah & mama..

Sungguh Iman & Taqwa tak dapat diwarisi tapi Attar terima lah ini sebagai wasiat Iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan & mahu anak-anaknya selamat & menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-8 puteraku, Attar! Peluk cium penuh kasih sayang ayah tanpa batas padamu.

Sumber: aeril_zafrel


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520