Perkongsian Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bercerita mengenai anak lelakinya yang menerima ‘surat cinta’ dari rakan perempuannya menyorot perhatian ramai.
Kongsi bapa kepada tujuh orang cahaya mata, anak kembarnya, Noah berhadapan situasi cemas apabila menerima sepucuk surat daripada rakan perempuannya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Dr Sheikh Muszaphar berkongsi momen Noah meminta izin untuk tidak hadir ke sekolah kerana malu untuk berhadapan rakan sekelasnya itu.
“Noah mesej saya semalam semasa saya masih lagi di Sibu.
“Dia panik sebab ada seorang rakan perempuan yang menulis surat kepadanya.
“Surat itu mengandungi mesej ‘I Love You‘.
“Sekarang Noah tidak mahu ke sekolah kerana dia malu dan takut. Mereka baru darjah dua,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar dilihat turut terhibur dengan kereneh anak lelakinya yang berhadapan situasi tersebut pada usianya lapan tahun.
Meninjau diruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan kerenah Noah namun memuji sikap anak kembar itu yang bersikap terbuka dengan ibu bapanya.
Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar