“Terima Kekurangan Pasangan & Hidup Sederhana.” Fasha Sandha & Suami Tak Gemar Tayang Bahagia Berlebihan

Share

Setiap pasangan suami isteri mahukan kebahagiaan dalam rumahtangga. Biar apa pun caranya, masing-masing punya ‘jalan cerita ‘ sendiri.

Demikian juga dengan pasangan selebriti popular Fasha Sandha dan suami Aidil Aziz yang cukup bahagia apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata.

Biarpun ini perkahwinan keduanya, Fasha Sandha memilih untuk hidup secara sederhana dan tak  gemar tayang kebahagiaan berlebihan.

Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata comel Aisha Amaira ditambah kemeriahan dengan dua anak  Fasha bersama perkahwinan terdahulu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Menurut Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, dirinya tidak mempunyai sebarang resipi kebahagiaan.

“Tiada apa-apa rahsia kehidupan harmoni yang kami jalani. Sama sahaja seperti pasangan lain. Cuma mungkin kami memilih untuk menerima kekurangan masing-masing selain hidup dalam serba sederhana saja.

“Bagi saya hidup bersederhana itu penting kerana mampu membibitkan rasa bahagia,” terang Fasha yang bersyukur dengan kehidupan yang dilalui hari ini.

Tambah Fasha lagi, tidak salah jika mahu  berkongsi kehidupan dengan orang lain tetapi sebaiknya tidak keterlaluan, sederhana saja.

“Dalam apa yang kita buat jangan berlebihan. Sebab saya percaya bila berlebihan itu, ada ketikanya ia boleh datangkan masalah semula kepada kita. Saya dan suami sangat bersederhana,” tegas Fasha lagi.

Memetik laporan kenyataannya menerusi Harian Metro,  akui Fasha, selebriti juga punya hak jika mahu memilih untuk untuk lebih privasi.

“Bagi saya, itu adalah sosial media yang kita punya. Jadi sudah tentu kita ada hak untuk mencorakkannya.

“Sebagai contoh, kalau  memilih untuk lebih privasi, kita boleh lakukan dan begitulah sebaliknya. Selebriti juga mempunyai hak terhadap sosial media masing-masing,” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara