“Terima Kasih Semua Atas Doa & Ucapan.” Sheera Iskandar Selamat Bersalin Bayi Perempuan. Tahniah!

Share

Pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan.

Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.

“Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.

Mohd Halim turut berkongsi rasa terharu dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.

Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta,

“Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya dikapsyen.

Untuk rekod, Sheera dan suami mendirikan rumahtangga pada 4 Mei 2021.

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar sebelum ini pernah berkahwin pada 2015 sebelum bercerai pada hujung 2018.

Sumber: sheeraiskandar