“Terima Kasih Sayang Terima Mama Seadanya.” Sempena Anniversary Ke-8, Almy Nadia Titip Ucapan Buat Suami

Share

Memasuki Usia 8 tahun perkahwinan, pelakon Datin Almy Nadia menitipkan ucapan istimiewa buat suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

Berkongsi luahan rasa syukur kerana perkahwinan yang dibina bersama suami kekal utuh sehingga kini, Almy turut menzahirkan rasa terharu kerana Fizz seorang suami yang terbaik dan menerima dia seadanya.

Luahan tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.

“Happy anniversary sayang yg ke 8. Syukur alhamdulillah. Terima kasih sayang sebab terima mama seadanya. Maafkan mama jika ada salah dan silap,” ungkapnya.

Menyifatkan Fizz seorang suami yang terbaik dan bapa yang bertanggungjawab buat anak-anak mereka, Almy menitipkan doa semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

“Sayang, u r the best suami, you are the best papa in the world utk anak-anak. I love u so so much sayang. I love @fizzfairuzofficial.

“Mama sentiasa doa agar rumahtangga kita dilindungi,berkekalan hingga ke akhir hayat,” doanya lagi.

Sementara itu, Fizz Fairuz menerusi laman Instagramnya turut memuatnaik ucapan istimewa buat isteri tercintanya.

Untuk rekod, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan menjaga seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.

Sumber: almynadiaofficial


ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak

Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club