“Terima Kasih Sahabat, Yang Menjadi Pencetus Hijrah Saya Dulu,” Deep Perkongsian Irma Hasmie.

Share

Merupakan selebriti yang dikenali ramai dengan tutur kata sopan dan menjaga adabnya sebagai seorang muslim. Pernah aktif sebagai pelakon, namun kehidupan ibu kepada dua orang anak ini menjadi inspirasi kepada para peminatnya.

Begitulah Irma Hasmie yang merupakan salah seorang artis wanita terawal yang telah berhijrah dan bertudung. Penghijrahan Irma yang mendapat perhatian ramai sebelum ini, memberi impak kepada diri dan cara hidupa dan keluarga.

Perwatakan rendah diri, membuatkan selebiriti ini sering menjadi perhatian peminat. Malah melalui perkongsian terbaru, isteri kepada Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan ini, memuat naik dengan melontarkan ucapan penghargaan buat sahabatnya yang pernah memberinya nasihat ke arah kebaikkan.

“Terima kasih sahabat-sahabat semua…yg menjadi pencetus hijrah sy dulu, yg byk beri nasihat  dan ingatan ttg agama, yg ajak sy ke Makkah al Mukaramah, yg bantu perjalanan hijrah saya, yang bawa saya ke majlis ilmu, yang ada bersama-sama utk terus istiqomah, terima kasih.. Sayang sampai syurga.”

Sungguh inspirasi!