
Ucapan yang ditulis Watie Hanifah sempena ulang tahun kelahiran anak kepada pelawak dan penyampai radio Shuib, Dzakira Talita Zahra menyentuh hati ramai pengikutnya di Instagram.
Dalam hantaran itu, Watie berkongsi mengenai kebaikan anak kedua Shuib dan Allahyarham Siti Sarah yang digelar sebagai Doctor Love (Doktor Cinta) itu kepadanya.
“Selamat hari jadi, Doctor Love Aunty. Terima kasih selalu menjadi penghibur dan peneman Aunty ke mana pergi.
“Terima kasih selalu membela dan menangis apabila Daddy (Shuib) bertukar menjadi garang,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada Talita kerana menerimanya untuk menjadi ibu.
“Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang kamu. Aunty sayang kamu sangat dan terima kasih kerana memilih Aunty untuk menjadi ibu,” tulisnya.
Hantaran itu turut disertakan dengan kompilasi gambar Watie dan Talita yang sangat manis serta akrab seperti ibu dan anak.
Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Watie, ramai yang tumpang bahagia melihat wanita itu bersama anak-anak Shuib dan merasakan pelawak terbabit tidak salah memilih Watie untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya.
Mereka juga mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga akan terus bahagia sehingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Dzahira Talita Zahr merupakan anak kedua kepada pasangan Shuib Sepahtu dengan allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Selain daripada Dekta, mereka turut dikurniakan 3 orang cahaya mata lelaki, Uwais Al Qarni, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Shuib dan Watie pula bakal mendirikan rumah tangga sekitar sebulan lagi dan majlis pertunangan telah berjalan dengan lancar pada Aidilfitri tempoh hari.
Sumber: Instagram iawatie
https://www.dailymotion.com/video/x8f72ub
Berpantang Maut Sebelum Ajal. Peluang Hidup 50-50, Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Cerita Tragis.

Peluang hidup dikatakan 50-50 dan koma selama enam hari. Itulah kisah tragis yang dialami oleh seorang ibu yang disahkan positif Covid-19 suatu ketika dulu. Namun semua itu tinggal memori untuk dikenang seumur hidup. Beliau kini telah kembali sihat dan menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga.
Menerusi facebooknya beliau berkongsi cerita ketika disahkan dijangkiti virus bahaya itu.
IKUTI PERKONGSIAN INI
DIARY BEKAS PESAKIT COVID-19
Ramai yg bertanya BILA DI MANA dan BAGAIMANA kami dijangkiti virus si corona yg ditakuti oleh semua org di dunia hari ini.Sy tiada jawapan utk semua soalan itu..
Semuanya bermula pd 10/3.. sy mengadu kpd kakak (ank perempuan sy) tekak sy tidak selesa.. apa jua yg sy mkn tidak dpt merasa..tak boleh menilai mknn..x da rasa.. sy x dpt merasa manis masin @ tawar. Semua mknn rasa hambar..
18/3 sy dmm di sblh mlm (sy anggap ini biasa bg pesakit SLE selalu dmm sblh mlm) dan sy mengalami kesukaran bernafas n sakit tekak.
RED ZONE
Pd 19/3 pagi sy msh dmm dan anak bergegas menghantar saya ke hospital. Sy ke hospital dgn ditemani hakim (ank sy) dan kakak. Suami sy tidak dpt hantar kerana dia juga tidak berapa sihat..selepas tiba di hospital sy diperiksa dgn terperinci di bahagian saringan dan mengesyaki mengalami demam denggi tetapi keadaan pernafasan sy tidak stabil & terus dihantar ke red zone bahagian decon unit kecemasan & trauma pd jam 12 tghari kerana suspek covid-19. Bdn sy berpeluh2 luarbiasa dan sesak nafas, sy muntah2 sehingga lembek di situ lalu sy di beri bantuan oxygen yg semakin berkurangan di dlm bdn. Sy tidak tahu apa yg berlaku.
Kemudian sy hanya mendengar Dr berkata puan rehat ya… kami nk intubate puan & tidurkan puan. Dan slps mendengar kata2 itu sy sudah tidak sedar. Menurut kakak selepas maghrib sy telah fully intubated dan anak2 sy balik ke rumah hanya selepas sy ditolak dari red zone ke bilik isolasi ICU jam 2 pagi pada 20/3.
Menurut kakak, keadaan sy kritikal..
21/3, Dr off sedation kerana bdn sy memberi respons ketika disuction membuang kahak, rupa2nya si corona cuba merobek paru2 sy dan mungkin dia telah menumpang lbh awal di tubuh bdn sy tanpa sy ketahui. Keadaan ketika itu 50:50.
Dan pd hari ini juga sy disahkan positive covid-19 (stage 5). Virus yg amat ditakuti org diseluruh dunia itu ada didlm tubuh sy. Maka sy menjd patient pertama positive covid-19 di icu HEBHK ini.
Kakak hampir pengsan ketika mendpt panggilan mengenai berita ini dan semua ahli keluarga menjd sgt sedih ketika itu apabila sy disahkan positive , pihak hosp telah menelefon kakak supaya semua ahli keluarga di rumah hadir utk ujian saringan. Maka kesemuanya (kakak bersama suami & ank mereka berusia 3 thn,suami sy ,ank lelaki sy & seorg ank saudara perempuan yg kebetulan sedang bercuti di kluang) hadir ke hospital pd 9 mlm dan saringan berakhir jam 4 pg(22/3)
23/3 jam 3pm, kakak mendpt panggilan telefon dari pejabat kesihatan kluang supaya bersiap sedia utk dijemput oleh ambulance ke hospital kerana keputusan dia positive.
Pd mlm pula keputusan suami sy juga positive dan sekali lg ambulance dtg menjemputnya.
Keputusan bagi yg lain2 adalah negative dan mereka hanya perlu kuarantin di rumah. Alhamdulillah.
Pd mlm itu juga unit kebersihan pejabat kesihatan kluang dtg mensteril n disinfeksi seluruh kwsn luar dan setiap ruang didlm rumah.
Akhirnya kakak & suami sy ditptkn di wad yg sama wad 8A hosp kluang.. maka bermulalah episod mereka sbg pesakit covid-19.. Pd mulanya mereka akan dihantar ke pusat covid-19 permai JB tetapi memandangkan hosp kluang telah dijadikan pusat covid-19 dan saya pula berada di bilik isolasi ICU maka kami ditptkn bersama di HEBHK.
Keadaan sy stabil (info dr kwn2 kakak) keajaiban berlaku dan dgn ketentuan Nya.. kun fa ya kun…sy tersedar lbh awal dr waktu yg ditetapkn oleh Dr.
Pd 24/3 sy tersedak & bdn sy memberi respons utk sedar dan bernafas sendiri , tiub didlm mulut dan bdn sy dikeluarkan dan segala wayar yg melengkar di tanggalkn. Disblh ptgnya sy fully extubated, Dr memasang venturi mask utk membantu sy bernafas. Ini bermakna sy hanya koma selama 6 hari sahaja. Allah swt telah memberi pinjam kekuatan kpd sy. syukur kehadratNya..sesungguhnya Engkau lah tuhan bg segala dzat..
Walaupun sy dah fully extubated sy masih lg di ICU, terlantar letih dan separuh sedar tetapi waktu ini sy telah dpt mendgr alunan bacaan alquran yg dipasang di dlm wad ICU dan suara2 jururawat & Dr yg memberi semangat..
Dr juga telah meleraikan segala ikatan di tgn n kaki saya.
Menurut kwn kakak, ketika jururawat memberitahu kakak dan suami juga dlm wad… didlm keadaan separuh sedar sy menangis.
Pd 27/3 Dr telah menggantikan bantuan oksigen saya kepada nasal prong, walaupun msh lg separuh sedar sy telah dapat membuka mata.
9 hari di wad ICU.
WAD BIASA
Akhirnya pd tghari hari ke10,
28/3 sy ditolak ke wad biasa wad 6A.
Apabila kakak mendpt berita sy berada di wad 6A..pd ptg hari yg sama dia mohon dipindahkan dr wad 8A ke 6A utk membantu menjaga saya.. keadaan dia sgt baik, symptoms covid kakak hanyalah batuk yg ringan & dry mouth (class 2). Jadi dia dpt meringankan masalah sy kerana ketika itu tiub urin msh terpasang dan sy msh lg memakai diaper keadaan sy masih lagi separuh sedar & mamai sehingga sy cuba menarik segala tiub yg msh ada di badan ketika itu.
Fikiran sy juga terganggu seolah2 msh trauma dgn apa yg tlh terjadi.menurut kakak sy berckp perkara2 pelik dan pertuturan sy sukar utk difahami.
Aturan Allah sgt menakjubkn.. apabila tiba di wad biasa Dia permudahkan urusan sy.. kakak byk membantu menguruskan diri saya.. dari separuh sedar sehingga sy benar2 sedar.
Walaupun keadaan msh lemah dgn bantuan oxygen melalui nasal prong, sy mula bersolat duduk di atas katil .
Progress diri sy sgt cpt.. sy yakin Allah bersama sy..
30/3 sy tidak lg menggunakan tiub makan & urin… Dan sy bole bgn utk ke tandas menggunakan kerusi roda & bersolat duduk di kerusi dgn bantuan kakak, sy juga dpt mandi di bilik air dengan menggunakan kerusi roda.. .
Sepanjang di wad biasa saya telah menjalani proses rehab bersama kakak (kakak seorang fisioterapi), dia telah mengajar saya senaman pernafasan di mana ianya membantu hampir 80% keadaan respiratory sy, senaman di atas katil untuk menguatkan pinggang dan kaki, duduk berdiri serta berjalan. Allahuakbar..Allah maha besar.. sy belajar berjln & bertutur semula.. pertuturan sy tidak lancar dan suara sy tidak kuat spt biasa.. sy kena kuatkan diri n time for me to build up my antibody to fight the virus.. sy perlu kuatkn paru2 jika sy x kuat mcmana nk mlwn si corona yg mengganas sementelah sy merupakan pesakit SLE .. sy yakin dgn bantuan Allah sy pasti boleh..zikrullah sentiasa bsh dibibir sy .
Pd 31/3 kakak membuat saringan @ swab test yg ke2.. sy tidak mahu manjakan diri sy lg dgn bantuan dia. sy belajar berjln dgn bantuan kakak sehinggalah sy bole berjln sendiri perlahan2 tanpa bantuan. Sy membuat latihan suara kerana pertuturan sy msh tersangkut2 dan x lancar dan mencungap2 ketika berckp. Muka dan badan sy juga msh bengkak.
1/4 Astaghfirullah alazim aladzi laaillaaha illa huwalhayul qayummu wa atubuu ilaih( aku mohon keampunan kpd Allah yg maha agung,tiada tuhan selain Dia yang maha hidup dan memelihara kehidupan dan aku bertaubat kpd Nya).
Hari ini tiub oxygen (nasal prong)sy pula ditanggalkn.. Alhamdulillah sy dpt bernafas bebas sendiri.. sy dan suami berhubung melalui video call setiap hari.. saling memberi kabar masing2..suami sy semakin sihat,batuknya telah berkurangan (class 3). Hari ini Sy mula mendpt simptom ke 3 iaitu batuk n selsema.
2/4 Allahuma inni aauzubika minal barosi wal jununi walhuzami wamin sayilasqami (Ya Allah aku berlindung dgn Mu dari penyakit sopak gila kusta dan penyakit2 yg buruk)
Sy msh lg di wad.. harini sy mengurus diri sy sendiri tanpa bantuan kakak. Dia hanya memerhati dr jauh..sy msh ada teman utk berbual2.
Pd hari ini juga sy mula menulis diari ini , (catatan di ICU berdasarkan nota yg ditulis oleh kakak n nota Dr didlm discharged notes)
3/4 Alhamdulillah.. kami mendpt khabar gembira keputusan swab kakak negatif,dia telah bebas dr si corona.. keberkatan hari jumaat.. walaupun berita gembira sy berasa sgt sayu kerana kakak tidak bole tinggal bersama sy lg disini. Terima kasih kakak jg ibu spjg bersama di wad.. semoga urusan kakak n keluarga terus dipermudahkan Allah swt.ibu syg kakak lillahitaala..Luka2 didalam mulut masih lg pedih & kebas.
4/4 Allahumasalli ala sayidina muhammad wa’ala alihi wassabihi wasalim ..
Walaupun didlm kesukaran sy berjaya mengurus diri sendiri … jiran2 di dlm wad yg senasib sentiasa ingin membantu tp sy menolak dgn baik. Kakak terus menyambung kuarantinnya dirumah selama14 hari lg..dia terpaksa mengurung diri didlm bilik berasingan dgn suami n ank dia.
5/4 Bismillahiladzi laayadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi walafissamaii wahuas sammiula’liim (Dgn nama Allah yg namanya tidak ada yg membahayakan,samada dibumi mahupun dilangit, Dia maha mendengar lg mengetahui).
Sy meneruskn kehidupan sy di wad dipantau jururawat2 dan Doctor2 yg baik hati n prihatin. Sy berasa diri bertambah baik. Exercise pernafasan untuk menguatkan paru2 diteruskan. Sy membuat latihan mengeluarkan suara dgn membaca alquran spjg berada disini.
6/4 hari ke 19 sy di hosp.Tiada aktiviti lain sepanjang di wad selain menambah masa ‘Me time’ bersama Allah swt ..dimulai dgn solat fajr dan solat subuh ishrak..berzikir slps solat mengaji… Dan keindahan hari ini terus disambung dgn bacaan alquran hingga membawa ke waktu solat dhuha taubat n hajat. Disblh ptg masa byk diisi dgn latihan pernafasan dan kekuatan tangan. Luka2 di dlm mulut n bibir juga beransur pulih.
Sy bersyukur sangat msh mampu bernafas di bumi Allah..
Allah memberi byk masa n peluang memperbaiki diri dan mendekat diri kpd Nya..Alhamdulillah.
7/4 Laillhailaanta subhanaka inni kuntu minazzalimin (tiada tuhan melainkan engkau(ya Allah)!Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari pada org2 yg menganiya diri sendiri)
Kalimah yg sering bermain dibibir x kira waktu. Sy n suami msh lg di wad masing2. Suami sy msh menunggu keputusan swab yg telah dibuat beberapa hari yg lps. Sy? Alhamdulillah kekuatan bdn sy meningkat 80%..suara sy msh sama..msh belum kuat spt biasa.
Pd pagi ini juga Dr mengambil sample(swab) yg ke2.. harapan menggunong agar ujian ini negative. Pd sblh mlmnya suami sy dipindahkn dr wad 8A ke 8B. Keputusan saringan ke2 dia msh positive.
Pd hari ini juga diet sy berubah dari bubur kpd nasi.. Alhamdulillah syukur atas nikmatnya.
8/4 inna robbi ala kulisyaiin hafeez (sesungguhnya Allah itu maha memelihara)
Engkau berikanlah kesembuhan kpd kami. Engkau ambillah si corona ini jauh2 dr kami.. Berikanlah kami kesihatan yg baik spt sediakala.. aamiin..tiada sebarang perubahan hari ini.. batuk n mulut msh lg kebas akibat extubated aritu.
Pd hari ini suami sy mengadu kehilangan deria bau (simptom ke2)dia.
9/4 Aauzubikalimatillahi tammatti min syarimahalak.(aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna dari kejahatan makhluknya)
Routine hari ini tiada perubahan..solat dhuha taubat dan aktiviti membaca alquran sbg latihan mendpt suara.
BEBAS COVID-19
Berkat hari nisfu syaaban, Dr dtg dgn membawa berita gembira.. keputusan swab sy adalah negative.. subahanallah Allahuakbar.. Alhamdulillah saya dapat pulang ke rumah hari ini dan menyambung kuarantin dirumah. Sy dah bebas dr si corona. Alhamdulillah syukur syukur syukur yg amat sgt..
Pd 14/4 suami sy disahkan negative covid-19.. dgn SOP br suami sy tidak dibenarkan balik dan terpaksa meneruskan kuarantin nya di hospital.. Alhamdulillah..Terima ksh ya robb
Akhirnya suami sy dibenarkan pulang pd 29/4 setelah 38 hari berada di wad dan menyambung kuarantin 14 hari lagi di rumah.. syukur pd mu ya Allah akhirnya kami berkumpul semuladan in sha allah dpt bersama2 menyambut hari raya.
‘maka yang mana satu nikmat tuhan kamu yg hendak kamu dustakan (surah alrahman :13).. syukur kehadratNya.
Sepanjang 22 hari berada di hosp, saya belajar menjadi seorang yg sgt positive,sy x pernah memikirkan perkara2 yg mengganggu fikiran dan sy buang segala rasa sedih kerana sy sgt yakin Allah swt bersama2 dgn sy.Doa adalah senjata sy setiap hari didlm melalui saat2 sukar ini. Sy juga belajar menjadi seorang yg sabar memandangkan persekitaran dlm wad yg panas, kipas @ air cond tidak boleh dibuka dan tiada langsir yg menutupi tingkap agar virus tidak tersebar di dalam wad.
Alhamdulillah syukur ke hadratnya. Dari lubuk hati yg plg dlm sy mengucapkan terima ksh yg tidak terhingga kpd semua sahabat handai, pelajar2 kami n saudara mara yg tidak jemu2 mendoakan kami , mengirim zikir n doa, membaca yassin & melakukan solat hajat buat kami sekeluarga.Hanya Allah swt yg dpt membalas semua kebaikan dan semoga anda semua di limpahi dgn rahmat Allah jua.
SYUKUR ANAK PANDAI BERDIKARI
Sy berasa berlapang dada kerana Ank2 yg ditinggalkan belajar survival tanpa ibu n ayah dirumah.. mereka membersihkan rumah bergilir memasak n mengurus diri sendiri..penat memasak mereka membeli secara online..mereka juga terpaksa kuarantinkn diri mereka spjg pkp.. dan terima ksh tidak terhingga kpd pejabat pegawai daerah kluang yg perihatin menghantar bekalan mknn utk mereka yg ditinggalkn dirumah.. sy tidak putus2 berdoa agar ank2 n keluarga sy dijauhkan dr virus ini, selamat didlm perlindungan Allah dan dipermudahkan urusan mereka.. robbi yassir walatuasir robbi tamim bil khair…aamiin
RAMAI YANG PRIHATIN
Sepanjang berada di wad..ramai yg prihatin & bersedekah. sumbangan tidak putus2 setiap hari..ada saja pihak yg menghulurkn bantuan mknn air mineral air kotak susu kotak burger biskut nasi lemak mihun sejadah buah buahan dan bermcm lg kpd pesakit covid-19 di wad 6A pusat covid-19 kluang (HEBHK). Semoga segala kebaikan2 berpulang semula kpd semua penderma dan penyumbang dan terus dimewahkan rezeki dgn kesihatan yg baik.
Sy berasa amat bersyukur walaupun sy dipilih merasai saat getir ini seketika, pada lg patient covid-19 yg bersama2 dgn sy spjg di wad ini yg lbh kritikal dr sy dgn dugaan yg lbh hebat..sakit yg lbh teruk dan kehilangan ahli keluarga sekelip mata.
Sy amat redho dgn ujian ini dan terima ksh kpd Allah.. Engkau yg menyedarkan aku yg sering alpa sebagai hambaMu. Semoga sy dan keluarga terus di dlm peliharaan, lindungan n ksh syg Allah swtv
Ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd semua staff ICU dan staff wad 6A,8A n 8B HEBHK yg sgt cemerlang & berdedikasi dalam merawat serta menjaga pesakit. Tidak lupa juga kpd semua frontliners di hosp kluang & di mana jua mereka berada. Semoga mereka terus diberi kesabaran yg tinggi,dimewahkan rezeki dan dilindungi Allah swt setiap waktu.
Sy juga mendoakan semua pesakit covid-19 dan semua rakyat Malaysia bebas dari virus corona.
Kini yg berlegar diminda bagaimana penerimaan rakan taulan, saudaramara dan org sekeliling terhadap kami yg pernah menjd pesakit covid-19 walaupun telah bebas dari virus corona, virus yg digeruni dan telah menggegarkn dunia dgn kematian yg ramai.. wallahualam
Terima kasih kerana sudi membaca catatan yg agak pjg ini hingga ke noktah terakhir.
SELAMAT HARI RAYAMAAF ZAHIR BATIN
Sumber: Hanizah Abdul Karim
Petua Untuk Sembelit, Ini Yang Kena Tahu. Dr Ini Jelaskan.

Sembelit yang kronik boleh membuatkan seseorang individu rasa tidak selesa, rasa kekembungan dan mungkin menyebabkan keletihan.
Jika kita gemar makan makanan yang dibakar (ala BBQ), tiada fiber dan tinggi kandungan nitrate (kebanyakan dalam daging yang diproses), sembelit yang kronik mungkin mencetuskan kanser usus besar (kolonorektal).
Biasanya kita membuang air besar sekali sehari atau mungkin sehari dalam tiga hari. Lebih dari itu, ia tidak lagi normal apabila najis menjadi keras dan kita terpaksa meneran. Ini boleh menyebabkan masalah buasir pula.
Untuk melegakan sembelit ada beberapa cara dan petua. Ada yang guna satu cara untuk rasa lega. Ada yang guna dua atau tiga cara baru dapat membuang air besar kerana najis sudah terlalu keras.
Pertama, amalkan minyak zaitun setiap hari. Minyak zaitun adalah minyak sihat yang dapat menurunkan kolestrol dan bagus untuk jantung. Letakkan lemak trans iaitu lemak yang berbahaya. Dua sudu dua kali sehari. Kurangkan dos dua sudu besar sehari bila dah lega. Ini mengelakkan masalah sembelit berulang.
Kedua, cuka teen. Ambil satu sudu kecil cuka teen dalam satu gelas. Amalkan setiap kali selepas makan.
Ketiga, amalkan pre dan probiotik seperti suplemen prebiotik yang ada banyak kuman baik. Ia boleh didapati dari farmasi. Boleh juga ambil minuman dan makanan yang difermentasi, tetapi bukan makanan berjeruk. Boleh amalkan yogurt, tempeh, kimci etc.
Keempat, minum air secukupnya sehingga air kencing tidak pekat. Kurangkan kopi dan teh pekat kerana kopi dan teh pekat mempunyai kafein yang tinggi menyebabkan kita dehidrasi. Kita kekurangan air minum, kita akan serap air dari najis kita dalam usus besar untuk menggantikan air yang hilang.
Kelima, makan banyak sayur dan buah. Contoh buah betik, buah pisang, jambu batu. Fiber akan mengembangkan usus besar lalu merangsangkan pergerakan usus besar.
Jadi jangan kecewa jika sudah amal satu cara tapi masih tidak lega dari masalah sembelit. Lalukan beberapa petua lagi, insya Allah akan dapat kelegaan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Ramai Yang Tertekan, Terapi Cara Kerja Jelaskan Beza Depresi Lelaki Dan Wanita. Siap Bagi Ujian Tahap Stres!

Jangan buat main bila rasa diri sedang mengalami depresi. Tekanan hidup termasuk masalah tempat kerja, hilang punca pendapatan atau masalah dengan pasangan adalah antara faktor utama ramai yang mengalami tekanan hingga melakukan tindakan di luar kawalan.
Tragedi suami kelar isteri dalam pantang yang tular sejak semalam telah membuatkan ramai yang meruntun jiwa. Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak perempuan dan cucu yang masih dalam pantang diperlakukan begitu.
Tinjauan di media sosial, rata-rata meluahkan rasa sebak kejadian itu, Ada juga yang meluahkan rasa marah dan terkejut ia berlaku dalam masyarakat.
Terkesan dengan tragedi, Terapi Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi berkongsi pandangan mengenai tragedi ini. Malah turut menjelaskan mengenai perbezaan mengenai depresi wanita dan lelaki.
“Berangin betul”
Saya terbaca “caption” di atas bersama-sama dengan berita gempar semalam tentang seorang lelaki membunuh anak dan isterinya. Sakit pula hati, walaupun orang luar.
Kalau kita orang luar tidak tahu cerita, tolonglah jangan komen bukan-bukan. Walaupun perbuatan tersebut adalah salah dan menyayat hati tetapi cukuplah dengan mendoakan mangsa dan keluarga yang terlibat.
Sebak bila baca statement bapa mangsa, yang anak dan menantunya tiada masalah dan hubungannya sangat rapat. Jiran pun beritahu yang tidak pernah mendengar mereka bergaduh.
Baru kahwin. Akhir bulan ini baru buat kenduri kahwin. Bayi umur 25 hari. Masih masih dalam pantang. Baru diberhentikan kerja / tiada kerja tetap.
Dengan kos barang dah meningkat, separuh troli pun dah beratus ringgit. Nak beli barang keperluan bayi lagi, isteri berpantang lagi.
Orang yang sedang berfikiran waras tidak akan melakukan perbuatan itu. Tetapi tetap ia bukan lesen untuk melakukan jenayah.
Oleh itu, saya mohon padamlah video suspek, kita jaga aib dia insyaAllah aib kita pun terjaga. Jaga kata-kata dan komen kita juga.
Beza Depresi Lelaki Dan Wanita
Tahukah kalian yang:
- Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza.
- Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dll).
- Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu.
- Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi.
- Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.
Teringat saya semasa berklinikal 2 bulan dalam bidang psikiatrik, 1001 cerita yang ada. Semasa kendalikan kes fizikal, badan penat. Tapi semasa kendalikan kes psikiatrik, otak yang penat.
Balik rumah kepala rasa “panas”.
Sebab itu staf kesihatan yang bekerja dalam bidang psikiatrik dapat cuti khas 14 hari tambahan setahun. Sangat besar cabarannya sebab kadang-kala terbawa-bawa masalah pesakit balik ke rumah.
Ramai orang ingat yang depresi hanya boleh ada pada orang yang banyak masalah, tak tahu yang depresi ini adalah satu penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat.
Teknik Tenangkan Pesakit
Ramai tak tahu yang Occupational Therapist juga ada yang bekerja dalam bidang psikiatrik.
Tugas kami adalah untuk tingkatkan kefungsian hidup pesakit, teknik yang biasa digunakan:
- “Relaxation technique”
- Cara lepaskan kemarahan (anger management)
- Latihan skil sosial (social skill training(
- Latihan vokasional (untuk pesakit kembali bekerja)
Banyak lagi teknik dan cara yang boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik.
Cuma setakat ini servis ini hanya banyak di hospital kerajaan, tidak meluas lagi di swasta. Mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.
Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit yang memerlukan.
Saya puji dengan Sistem Saringan Minda Sihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kalian boleh lakukan ujian DASS (Depression, Anxiety dan Stress) sendiri dan dapatkan temujanji dengan pakar.
Ujian Tahap Stres
Ujian DASS
Orang Johor:
http://appsjknj.moh.gov.my/qrdass/
Selain Johor:
https://www.ramlimusa.com/…/depression-anxiety-stress…/
Atau
https://ipsikologi.johor.gov.my/v2/modules/dass21/
(Nanti keputusan dari ujian ini kalian boleh print dan pergi klinik pesakit luar terdekat, doktor akan refer ke klinik psikiatri sekiranya memerlukan)
Berbalik kepada kes diatas, kita tak tahu apa puncanya lagi. Mohon sama-sama kita doakan keluarga mangsa dan suspek diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Terima kasih, semoga bermanfaat untuk semua.
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
Suka bekerja dalam dalam bidang psikiatrik juga
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club