Memang benar tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa, namun tanggungjawab kepada masyarakat tetap ada.
Begitu juga dengan perkongsian seorang ahli farmasi ini di laman facebooknya Faiz Akmal Mfa mengenai perjuangannya dalam mendidik pesakitnya terutana warga emas mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan pengambilan ubatan cara yang betul secara konsisten demi kesihatan yang lebih baik. Perkongsiannya mengenai seorang ibu yang berubah sikap mengikut rawatan secara konsisten daripada enggan makan ubat dan pengambilan insulin memang menyentuh hati
“Makcik memang tak makan ubat ni nak, cucuk insulin pun makcik tak buat.”
“Makcik dah bosan dah asyik hadap ubat je memanjang.”
Begitulah kata-kata makcik ini yang pernah terlontar sewaktu aku berjumpa dengan makcik tersebut dua bulan yang lepas.
Masa tu, bacaan gulanya, ya Allah, tak terkata. Tinggi bagai nak rak.
Dengan tekanan darah nya yang tak terkawal masa tu.
Dan masa tu, makcik ni hampir-hampir saja nak kena admit kat wad.
Ads
…..Dan masa terus berlalu…..
Kini, aku bertemu semula dengan makcik ini.
Senyuman nya terpancar penuh keceriaan. Ku belek buku rekodnya.
Alhamdulillah, bacaan gula makcik ini sudah semakin okay.
Tekanan darah sudah mula terkawal.
“Terima kasih nak.”, sebaris ayat ringkas itulah yang mula-mula terkeluar dari mulut makcik ini saat dia melangkah masuk ke bilik kaunselingku.
Ads
Aku hanya mampu menyambut dengan sekilas senyuman saja buat masa ini.
Ya, makcik ini pernah hampir-hampir putus asa.
“Kau pernah cakap kat makcik, yang sakit ni juga satu ujian. Kau juga pernah cakap kat makcik, doa saja tak cukup. Kau juga ada pernah bagitahu yang usaha lawan penyakit ni satu jihad jugak.”
Aku sekadar berdiam. Saja memberi ruang makcik ini berbicara.
“Kau tahu makcik ni degil. Tapi, kau tak jemu. Kau lah yang tolong tuliskan besar-besar, bagi makcik ni nampak. Makcik senyap-senyap je pergi dengar ceramah kau. Rupa-rupanya, makin banyak yang makcik belajar.”
Ads
Dengan tiba-tiba, aku jadi sebak dan terharu.
“Terima kasih nak. Makcik janji makcik takkan degil-degil lagi. Makcik sekarang dah jadi budak baik tau. Makcik makan semua ubat ni, makcik dah tak takut lagi nak cucuk insulin.”, makcik itu menyambung kata sambil tersenyum.
“Alhamdulillah.”, hanya itu yang mampu aku luahkan.
Rasa sangat bersyukur sebab dapat juga akhirnya ‘meruntuhkan tembok kedegilan’ makcik yang sangat-sangat luar biasa ini degilnya.
Kuncinya adalah jangan pernah jemu untuk membantu. Sebab semua yang kita buat ini kalau dibuat dengan ikhlas, ada sahamnya di alam sana nanti.
Dan bagi aku, ini adalah perjuangan. ?
Nukilan:
Faiz Akmal Mfa,
Farmasis,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terlalu lama menanti, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat sedikit masa lagi.
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Pelakon Izreen Azminda terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan pada Sabtu lalu.
Izreen yang kini sedang sarat hamil anak keempat berkata, tubuh badannya menggigil selepas keracunan makanan.
Menerusi Insta Story, ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini berkongsi kisahnya yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Tambah pula keadaan dirinya yang sarat hamil.
“Kali terakhir kena tahun 2022 kalau tidak silap, ini kena lagi. Keracunan makanan. Menggigil-gigil aku.
“Dua kali ganda teruk sikit dari sebelum ini, mungkin sebab mengandung kot,” kongsinya.
Menerusi perkongsian itu, Izreen turut memuat naik foto dirinya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees. Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kes positif cacar monyet (mpox) varian clade II di negara ini, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, menyatakan bahawa kes tersebut adalah daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.
Pesakit merupakan seorang lelaki tempatan yang mula mengalami gejala seperti demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, manakala ruam muncul sehari kemudian, pada 12 September.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
Dr Muhammad Radzi juga menambah bahawa pesakit tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala bermula dan kini berada dalam keadaan stabil sambil menjalani isolasi.
“Semua kontak rapat pesakit ini sedang dikenal pasti, dan status kesihatan mereka dipantau secara teliti mengikut SOP yang ketat,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Sejak 26 Julai 2023, sebanyak 10 kes mpox telah direkodkan di negara ini, kesemuanya dari varian clade II.
Bilik Gerakan Mpox, yang telah diaktifkan pada 16 Ogos di CPRC Kebangsaan, terus memantau perkembangan mpox dan menyelaraskan langkah kesiapsiagaan serta respons. Dr Muhammad Radzi turut menekankan bahawa KKM akan meneruskan kempen kesedaran melalui pelbagai saluran media untuk membantu orang ramai menjaga kesihatan diri masing-masing.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...