Hati ibu mana yang tidak pilu, jiwa ibu mana yang tidak diruntun sedih. Anak yang dikandung dan dibesarkan akhirnya kembali dijemput Ilahi. Namun takdir Tuhan tak siapa yang mampu menduga. Disebalik dugaan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sebagai hambanya, kita perlu sabar dan menerima segala ujian dengan hati yang reda.
Demikian juga dengan ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair. Pulangnya si anak ke negeri abadi buat selama-lamanya tidak mampu diterima namun hatinya kini reda.
Dalam satu perkongsian di media sosial baru-baru ini, Khadijah A Rahman , ibu kepada arwah Ashraf berkongsi bingkisan hatinya selepas anak lelakinya pulang buat selama-lamanya kepangkuan Ilahi.
Menerusi penulisan itu, Khadijah memberitahu betapa dia terkesan dengan pemergian anak lelakinya itu. Dia juga tidak dapat menggambarkan perasaannya sekarang berikutan terlalu hiba.
“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.”
Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua kerana berkongsi kesedihan yang dia dan keluarga alami atas pemergian anak tersayang.
“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.”
Allahyarham Ashraf meninggalkan seorangi isteri iaitu Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Sinclair. Jenazah allahayarham telah dikebumikan di San Diego Hills, Jakarta Barat
Sumber: dida_sinclair & Oh My Media