Pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran kilang Sabtu lalu meninggal dunia pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata Pegawai Bomba (PB) Mohd Firdaus Sulaiman, 32, meninggal dunia pada jam 4.15 pagi di Hospital Segamat.
Allahyarham yang berkhidmat di balai bomba berkenaan sejak 2013, meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.
Seronok dapat hantar awak tanpa air mata sehingga ke liang lahat.. TERLALU RAMAI SAYANGKAN AWAK.. Sepanjang jalan awak dikelilingi kawan yang ramai ❤️💜
Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK.. Saya redho dengan segalanya.. Hembusan nafas terakhir awak disisi saya 😢
AWAK SYAHID SAYANG ❤️❤️ I’m gonna miss u abang.. Cinta awak pd saya tiada ganti tau 💪💪 Terima kasih ajarkn saya jadi KUAT 🥰
Reda dengan pemergian insan tersayang, Nurul Jannah bagaimana pun bangga menjadi isteri kepada Allahyarham suaminya.
I’m gonna miss senyuman manis kamu 🥰 Tapi saya bangga jadi isteri kamu ❤️ Tunggu saya disyurga Jannahtulfirdaus 😘
Sumber: Mem Jannah
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!