Terima Kasih Jadi Isteri Yang Baik & Sentiasa Di Belakang I. Susah Senang Hanya You Tahu.” Sweetnya Ucapan Zaquan Adha Untuk Isteri.

Share

Bahang perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 semakin memuncak. Perhatian pastinya tertumpu kepada pemain yang bakal diturunkan oleh jurulatih selasa nanti.

Antara yang menjadi perhatian pastinya pemain nombor 8 iaitu Zaquan Adha Abdul Razak merupakan salah seorang pemain cemerlang dan membantu pasukan negara memenangi perlawanan.

Disebalik kesibukannya itu, namun status sebagai suami tidak diabaikan. Bahkan semalam dia sempat lagi mendedikasikan ucapan khas terhadap isteri kesayangannya Ayu Raudhah yang menyambut hari jadinya ke 34 tahun.

Menerusi perkongsian Zaquan di laman instagramnya, dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya itu yang banyak menyokong dan menjadi tulang belakangnya selama ini.

“Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.

“Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang,” tulis Zaquan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Biarpun bakal menghadapi perlawanan akhir pertama bertemu Vietnam  selasa nanti, namun tanggung jawab sebagai suami tidak diabaikan. Bertuah Ayu dibawa suami tersayang meraikan hari jadi berdua di sebuah restoran.