Penyanyi Ainan Tasneem selamat melahirkan bayi kembarnya semalam. Berita gembira itu dikongsikan oleh Mohamad Ariffudin, suami kepada Ainan. Menurut Ariffudin, isterinya itu sudah selamat melahirkan anak kembar di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Alhamdulillah Subhanallah Allahuakbar. Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad. Sekali lagi dikurniakan berita gembira dan peluang menyambut kelahiran anak soleh dan solehah pd hari jumaat yg mulia.
Terima kasih byak2 kpd isteri kesayangan @ainantasneem92 setelah 37 minggu mengandungkan, harini pd jam 11.52 dan 12.11 berjaya melahirkan kedua-duanya dengan selamat. Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik utk awk serta cepat pulih dr kesakitan dan kepenatan😘😘🤗.
Terima kasih juga kepada Dr Siti Mariam yg sangat positif dan tenang bersama teamnya menguruskan proses kelahiran kembar kali ni walaupun baby kedua banyak kerenah sikit 😅.
Terima kasih juga kepada mak abah, ummi abuya, adik-beradik, ustaz2, rakan2 dan semua yang mendoakan yg baik2 utk kami. Sangat yakin semua urusan ini dipermudah berkat dr doa kalian semua. Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian semua. Jazakumullahu Khoiran Kathir.
Dalam pada itu, Ainan turut memuat naik berita yang sama beserta video bayi kembarnya.
Ainan yang berusia 28 tahun melangsungkan pernikahan dengan Mohamad Ariffudin pada 6 Januari 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Ainan Salsabiela.