
Penyanyi Ainan Tasneem selamat melahirkan bayi kembarnya semalam. Berita gembira itu dikongsikan oleh Mohamad Ariffudin, suami kepada Ainan. Menurut Ariffudin, isterinya itu sudah selamat melahirkan anak kembar di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Alhamdulillah Subhanallah Allahuakbar. Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad. Sekali lagi dikurniakan berita gembira dan peluang menyambut kelahiran anak soleh dan solehah pd hari jumaat yg mulia.
Terima kasih byak2 kpd isteri kesayangan @ainantasneem92 setelah 37 minggu mengandungkan, harini pd jam 11.52 dan 12.11 berjaya melahirkan kedua-duanya dengan selamat. Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik utk awk serta cepat pulih dr kesakitan dan kepenatan😘😘🤗.
Terima kasih juga kepada Dr Siti Mariam yg sangat positif dan tenang bersama teamnya menguruskan proses kelahiran kembar kali ni walaupun baby kedua banyak kerenah sikit 😅.
Terima kasih juga kepada mak abah, ummi abuya, adik-beradik, ustaz2, rakan2 dan semua yang mendoakan yg baik2 utk kami. Sangat yakin semua urusan ini dipermudah berkat dr doa kalian semua. Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian semua. Jazakumullahu Khoiran Kathir.
Dalam pada itu, Ainan turut memuat naik berita yang sama beserta video bayi kembarnya.
Ainan yang berusia 28 tahun melangsungkan pernikahan dengan Mohamad Ariffudin pada 6 Januari 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Ainan Salsabiela.
“Happy 5th Anniversary Sayang” Sweet Ucapan Che Ta Kepada Suami Tercinta, Zain Saidin

Rupanya semalam adalah ulang tahun perkahwinan pasangan romantis ini. Lebih manis semalam pasangan ini rupanya sempat memberi sokongan pada Skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam malam semalam. Pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan dan suaminya pelakon Zain Saidin telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima semalam. Lebih istimewa mereka telah mengadakan sesi fotografi khas bersempena ulangtahun itu.
Momen indah dan kemanisan berumahtangga pasangan ini yang telah melangsungkan pernikahan pada 11 Disember 2013 myata terserlah apabila hubungan tetap utuh dan segar dalam melayari bahtera rumahtangga. Bagaikan pengantin baru, pasangan ini yang dikurniakan seorang anak comel Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta memaparkan ucapan ulang tahun kepada Zain serta menyelitkan coretan kebahagiaan yang dikecapi kini.
“Happy 5th Anniversary sayang @zainsaidin23 .
Syukur diatas pemberian Tuhan yg terindah ..terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari -hari yg penuh cinta #11/12/13
Kata Che Ta lagi, dalam nada guruan bahawa kebahagiaan yang dikecapi kini boleh dilihat kepada ukuran badan suaminya.
“Orang cakap kalau nak tau suami tu bahagia ke tidak , tgk la size sebelum dgn selepaih.. kiqa nya zain bahagia la kot no….dulu size XS , la M ..
Size doesn’t matter sayang , bila hati dah terpaut .
Sempat juga pelakon yang membintangi drama, Lelaki Kiriman Tuhan ini berseloroh tentang jodohnya dengan Zain,
“Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992 , Zain masa tu baqu darjah 2 ..
So kalau sapa2 yg belum bertemu jodoh lagi , jangan pulak dok qeyau tepi bucu katie …. mungkin jodoh uolss tu tgh dok up .
Sweetkan, jodoh mereka. Sesungguhnya jodoh adalah rahsia Allah. Juga perkataan SAYANG, bermakna, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya.
Tahniah Che Ta dan Zain sempena Anniversary ke 5! Moga bahagia hingga ke jannah. Aminn.
Dalam itu, ramai netizen memberikan ucapan tahniah kepada pasangan romantis ini.
Risau Doktor Lelaki Sambut Kelahiran, Jangan Keliru Lagi, Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri Jelaskan!

Mana ada wanita yang mahukan seorang doktor lelaki untuk menyambut kelahiran anaknya. Malu! Itu perkataan yang menterjemahkan segala-galanya. Kalau boleh hendak dielakkan.
Isu doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita lain bukanlah isu biasa yang harus diperkatakan. Namun masih ramai daripada kita yang keliru berkenaan isu ini. Tak kurang juga yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Perseketuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hajah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai.
3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ? (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Sumber: Dr.Zulkifli Al Bakri
Suri Rumah Ni Praktis Sistem 3 Sampul Je & Siapa Sangka Cara Tu Buat Dia Berjaya Buka Perniagaan. Mak-mak Pun Boleh Follow!

Catatan pengalaman yang dikongsikan oleh wanita ini yang awalnya menjahit di rumah dan kini siapa sangka mampu membuka perniagaan sendiri dengan mempraktikkan sistem 3 sampul. Apa itu sistem 3 sampul yang dimaksudkan oleh Puan Sharli, dan untuk itu ayuh kita ketahui lanjut perkongsian bermanfaat ini. Semoga dengan ini akan lebih ramai suri rumah yang mempunyai bakat dan kemahiran tersendiri dapat memulakan langkah untuk memiliki perniagaan sendiri.
Jom semak.
Sekadar berkongsi pengalaman. Kita tailor semua ada pengalaman masing-masing. Saya asalnya suri rumah yang mengambil upah menjahit. Belajar 19 tahun yang lalu kerana terpaksa bukan kerana minat. Sebab suami suruh. Guru saya 2 orang berbagsa Cina dan seorang cikgu Melayu. Ilmu dan skill memang berbeza. Tapi saya syukur… kerana semua ini ilmu yang manfaat.
Bermulalah kisah saya sebagai tukang jahit..dari masa ke masa saya baiki kekurangan. Saya dah rasa macam-macam kerenah pelanggan. Selama tempoh itu saya semat 1 azam.
Saya nak punya kedai sendiri 1 hari nanti. Tidak-tidak pun..kalau tak larat menjahit tua nanti..saya ada kedai menjual alatan jahitan. Manalah tau dah tua ..takan nak merempit lagi. Dan kalau boleh.. biar ada staff yang menjahit di kedai. Nak beri peluang pekerjaan pada sesiapa yang baru habis belajar dari mana-mana sekolah kemahiran atau akedemi dalam bidang jahitan. Kita beri pengalaman untuk orang-orang begini.
Inilah yang saya sedang usahakan.
Dulu saya pernah terfikir.. dapat upah menjahit.. takan tak simpan. Asik berbelanja sebab biasalah duit sentias ada. Apa nak, beli. Tambah kita muda masa tu .. nafsu berbelanja tak ada batasnya. Hurmmm. Alahai.
Suami saya nasihat. Supaya menabunglah sebab menjahit tu saya selalu cakap penat.
Nah… penat-penat menjahit takan tak reti menyimpan. Saya mula dah fikir..sikit-sikit. Semenjak tu saya menabung.
SISTEM 3 SAMPUL
Saya buat ‘SISTEM 3 SAMPUL’ Hehehe kunun nak disiplinkn diri. Suami yang beri idea ni.
Sampul 1– saya tulis duit modal.
Sampul 2 – duit cair
sampul 3- duit mati.
Hahaha.. tak taulah.. nak kata caner. Tapi itu yang saya praktikan.
Contoh upah menjahit 1 baju 50.
Makanya sampul 1 saya isi rm10.
Sampul ke 2 saya isi rm20.
Dan baki nya saya isi dlm sampul 3.
Sampul 1 ..sahabat-sahabat tahulah kan.. mesti tolak modal. Itu anggaran kasar termasuk duit api le tu.
Sampul 2 ..duit cair yang kiranya saving untuk kecemasan ke apa ke. Tapi jangan asyik cemas je ..
Dan sampul 3 duit mati tu.. memang takan saya usik selain menambah. Yang ni silalah disiplin. Cukup RM200 saya bank in.
Mula-mula tu sikit-sikit.. lama-lama isi banyak. Lagi banyak terima tempahan lagi banyaklah tabungan. Saya jenis kalau dah tengok duit banyak..lagi kedekut nak berbelanja. Berbeza kalau duit sikit… ada je nak guna.
Sebab motivasi diri agar seronok menabung. Bukan takde keinginan. Bohonglah.
Tapi bila dicabar suami.. saya nekad. Saya ni bukan pun berpendidikan tinggi.. macam adik-adik semua ada jawatan dan berkerja. Takan saya tailor yang tak ada masa depan.
Berkat menabung dan azam tak main-main .. dengan izin Allah tahun lepas saya pun dapat buka perniagaan sendiri.
Biarpun kedai kecik je pun..tapi saya syukur. Sekarang saya cuma ada 1 pembantu.
Saya rasa pengalaman baru dalam skop berbeza. Dulu menjahit dirumah..sekarang di kedai. Sabar sebab dulu anak-anak masih kecil. Menjahit sambil mengurus rumah tangga. Sekarang suami dah bersara. Saya pulak berkerja. Memang berubah 360°. Penat tapi puas.
Pada sahabat-sahabat yang baru nak kenal dunia jahitan.. atau baru nak belajar … berazamlah. Jangan kalah dan tunduk pada tekanan atau layan stress.
Tak dinafikan memang stress melayan pelanggan.
Bohonglah saya tak tempuh semua tu. Tapi saya tak suka layan semua tekanan.
Yang baik kita amil. Yang tak elok kita sandar jadi pelajran dan pengajaran. Kalau tak jangan mimpi nak jadi usahawan atau bisneswomen.
Saya masih bertatih. Masih baru nak kenal dunia perniagaan. Saya tahu dalam group ni ada budak-budak baru yang baru nak menjadi tailor… Bila baca pengalaman perih tailor-tailor lain.. jangan sampai serik. Dan ada juga saya terbaca.. ada sahabat ‘patah hati’ pencen awal tak mahu menjahit dah sebab sedih dengan kerenah pelanggan-pelanggan. Ea.. kawan baik saya pun begitu. Cepat fedup. Sampai sekarang dah tak mahu menjahit. Tapi nak duit..tapi malas..tapi nak upah lebih..tapi jahitan tak jaga kualiti..tapi tak mo sabar dan ..tapi..tapi akhirnya terus ke tepikan mesin letak bawah tangga.
Nasihat saya untuk sahabat-sahabat dan diri saya juga..Jangan dilayan stress itu. Buat kedut muka ja. Kemahiran yang ada tidak semua orang ada. Saya harap..apa yang saya kongsikan pagi ni.. ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat ea.
Maaf panjang lebar celoteh. Sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua agar teruskan usaha, moh ler menabung. Janganlah banyak alasan kerana banyak alasan itu menunjukkan kelemahan.
Selamat maju jaya. Doakan saya sabar menjalankan perniagaan.
sumber : Sharli Norhamiza via Geng Suka Menjahit