Tiga pingat emas berjaya dikutip oleh Atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam Sukan Para Asia 2018 di Jakarta baru-baru ini.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan ‘Dik Wan’ dalam kalangan rakan sepelatihnya, mengakui, ibu bapanya iaitu Mohamad Puzi, 58, dan Lailah Salleh, 50 menjadi antara individu penting yang mendorongnya untuk terus mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa.

“Terima Kasih Emak, Ayah, Doakan Dik Wan.” Raih 3 Emas, Dik Wan Buktikan Cerebral Palsy Tak Halang Lakar Kejayaan. Tahniah!

“Doa dan sokongan padu ibu bapa serta ahli keluarga menjadi azimat terbaik untuk mencipta kejayaan luar biasa

“Dik Wan nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga dan rakan sepasukan di atas kejayaan cemerlang ini.

“Tidak dilupakan staf Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang banyak membantu Dik Wan sepanjang berada di Jakarta.

Ads

Bapa Dik Wan dalam pada itu mengakui cukup berbangga dengan pencapaian cemerlang yang diraih anaknya pada temasya sukan berkenaan.

“Pakcik rasa amat bersyukur kepada Allah S.W.T di atas kejayaan cemerlang anak saya pada Sukan Para Asia dan kami sekeluarga berharap dia dapat kekalkan kecemerlangannya pada mana-mana kejohanan selepas ini,” jelas Mohamad Puzi yang tiba di KLIA selepas selesai mengerjakan umrah bersama isterinya di Mekah.

“Terima Kasih Emak, Ayah, Doakan Dik Wan.” Raih 3 Emas, Dik Wan Buktikan Cerebral Palsy Tak Halang Lakar Kejayaan. Tahniah!

Mohamad Ridzuan mempamerkan aksi luar biasa setelah meraih tiga emas pada Sukan Para Asia 2018 selain turut mencipta satu rekod dunia.

Ads

Dia memenangi emas pertama dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan masa 11.87 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Ridzuan meraih emas kedua dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.Anak jati Perlis itu meneruskan aksi cemerlangnya setelah memenangi emas ketiga dalam acara lompat jauh T36, dengan catatan rekod baharu temasya iaitu 5.49m.

Ridzuan sebelum ini mencipta fenomena baharu sejarah sukan negara apabila muncul sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ads

Dik Wan disahkan doktor menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun. Namun kekurangan tersebut bukan penghalang untuk dia mencipta kejayaan dalam bidang sukan.

Menurut laman web Paralympic.org, Mohamad Ridzuan mula menceburi sukan ini untuk satu acara perlawanan antara sekolah di Perlis. Bakatnya dicungkil pada 2004. Dik Wan membuat kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN yang diadakan di Solo, Indonesia pada 2011.

Sumber: Bernama & IG ridzuan.___

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI