Pelakon Farah Nabilah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang,awal pagi semalam. Berita tersebut dikongsikan oleh Farah dengan memuat naik satu video tanpa visual kecuali tangisan bayi di Instagramnya.
Putera sulung Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, dilahirkan lebih awal berbanding jangkaan bulan depan.
Assalamualaikum semua 🤗
Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya 😘
Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua.
Dalam pada itu, pasangan ini juga membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah dan nama anak kepada umum buat masa ini.
Menurut pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Titian Cinta ini, dia hanya akan berkongsi butiran lanjut dan wajah anaknya pada waktu sesuai.
“Buat masa ini, kami ‘simpan’ dulu segala identitinya.
“Tetapi nanti, apabila semua sudah okay, saya akan paparkan tanda cinta bersama suami ini dengan semua,” katanya.
Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin bernikah dengan Amirul yang bertugas sebagai juruterbang pada 20 Disember lalu.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Sumber: Farah Nabilah, BH Online