Siapa yang tidak mengenali pelakon veteran Zulkifli Ismail, yang terkenal melalui siri Gerak Khas dengan watak ikoniknya, ASP Razlan, seorang pegawai polis yang berani membanteras jenayah tanpa gentar.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, pelakon yang berusia 61 tahun ini berkongsi masalah kesihatannya apnea sehingga menyebabkan nafasnya terhenti ketika ditidur.
Berkongsi beberapa keping foto menunjukan dirinya selepas menjalani prosedur sleep studies.
“Alhamdulillah. Pagi tadi saya selesai menjalani prosedur sleep studies dan dibenarkan balik. Minggu depan jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian.”
“Sleep studies dilakukan kerana saya sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur atau sleep apnea.”
“Ini termasuklah nafas terhenti beberapa kali sepanjang malam ketika tidur. Terima kasih kepada kawan-kawan yang prihatin dan mendoakan kesihatan saya.”
Sementara itu, dihantaran berbeza, pelakon veteran ini juga berkongsi keadaan dirinya yang menjalani prosedur kesihatan.
Bimbang ada yang risau keadaan dirinya yang dilengkapi wayar dan tiub, beliau menjelaskan keadaannya tidak membimbangkan.
“Malam ini saya rehat di sini. Tidur sambil menjalani ‘sleep studies’.
“Jangan risau. Tidak membimbangkan.”
PEMINAT TIIP DOA
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan kesihatannya pelakon ini agar segera sihat.
Alhamdulillah semoga cepat sembuh
“Syafakallah… semoga cepat sembuh. boleh sambung episod loghat utara baru.”
“Semoga diberikan kesihatan berpanjangan bang”
View this post on Instagram
INFO TAMBAHAN
Gangguan pernafasan ketika tidur atau sleep apnea ialah keadaan di mana pernafasan seseorang terganggu berulang kali semasa tidur. Sleep apnea boleh berlaku dalam beberapa bentuk utama:
Obstructive Sleep Apnea (OSA):
Ini jenis paling biasa, berlaku apabila otot di bahagian belakang tekak relaks terlalu banyak, menyebabkan saluran udara tersumbat sebahagian atau sepenuhnya.
Central Sleep Apnea:
Berlaku apabila otak gagal menghantar isyarat yang betul kepada otot-otot pernafasan, jadi tiada usaha untuk bernafas buat seketika.
Complex Sleep Apnea Syndrome:
Kombinasi kedua-dua jenis di atas.
Tanda-Tanda Sleep Apnea:
Berdengkur kuat.
Rasa letih walaupun tidur cukup.
Terbangun dengan rasa tercekik atau nafas pendek.
Mulut kering atau sakit tekak bila bangun tidur.
Sakit kepala waktu pagi.
Sukar fokus atau cepat marah sepanjang hari.
Risiko Jika Tak Dirawat:
Tekanan darah tinggi.
Masalah jantung seperti serangan jantung atau strok.
Kencing manis.
Kemurungan dan masalah kognitif.
Rawatan Sleep Apnea:
Menggunakan alat seperti CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) untuk membuka saluran pernafasan.
Pembedahan dalam kes tertentu.
Mengurangkan berat badan dan mengubah gaya hidup seperti elakkan tidur terlentang atau pengambilan alkohol sebelum tidur.
Kalau rasa ada simptom ni, lebih baik jumpa doktor sebab ia boleh menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan secara keseluruhan.
Sumber: aktorzulkifli