Wanita bernama Dayah Zubit cukup dikenali ramai kerana menjadi pengasuh kepada Siti Aafiyah yang merupakan anak Penyanyi nombor satu Negara.
Namun, selepas mengambil keputusan mendirikan rumahtangga, dia kemudiannya berpindah dan mengikut suaminya, Ridzuan Razali yang merupakan seorang pemain bola sepak negeri Terengganu.
Dayah zubit kemudiannya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung. Namun seminggu sebelum melahirkan, dia terjatuh daripada motosikal. Dengan keadaan dirinya yang sarat hamil dan menunggu hari untuk bersalin, Dayah mengalami kecederaan namun kandungannya selamat.
Terbaru menerusi laman Instagramnya, pasangan ini berkongsi kegembiraan apabila bergelar ibu dan ayah.Tanggal 7 Februari 2022, tepat jam 2.41 pagi lahirlah anak yang dinanti-nantikan pasangan ini.
Ridzuan turut berkongsi berita yang sama. Berita kelahiran cahayamata mereka dimuatnaik bersama sekeping gambar Ridzuan sedang mendukung bayinya.
Dalam kapsyennya, Ridzuan menitipkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaan tersebut.
sumber: dayahzubit & are9ridzuan
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
</p
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara