“Terima Kasih Allah Peluang Ni, Dah Jadi Bapa Dah. Cepat Dunia Berlalu.” Gelar Diri Abah, PU Riz Titip Doa Bilal Jadi Anak Soleh!

Share

Memasuki hari ketujuh bergelar bapa, pendakwah bebas, PU Riz seakan masih tidak percaya dirinya kini sudah memiliki cahaya mata sulung.

Suami kesayangan Neelofa ini meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu dan berharap dapat mendidik anaknya menjadi anak yang soleh.

PU Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail berkata demikian menerusi hantaran terbarunya di laman instagram.

“Alhamdullillah Allah beri nikmat… anak ini adalah aset ke syurga dengan syarat umi dan abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.

“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menjadi anak yang soleh. Semoga Allah takdirkan anak abah ni dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah. InsyaAllah.

“Baru aku tahu macam mana umi dan abah aku sayang padaku… terima kasih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapa-bapa dah pula, cepat dunia berlalu,” tulisnya menerusi kapsyen.

 

Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan sepasang stoking bayi.

Haris turut menitipkan pesanan dan berkongsi tazkirah ringkas untuk tatapan pengikutnya di laman Instagram.

“Taat kepada umi kerana ianya perintah Allah yang selamanya. Taat Allah sepenuhnya dan berbuat baik pada ibu bapa kerana tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupmu.

“Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dengan agama). Cakap baik-baik kepada abah umi. Kasihani abah dan umi seperti mana abah dan umi kasih padamu.

“Reda Allah ada pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Alhamdullillah Allah hadirkan (cahaya mata) insyaAllah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak abah jadi orang yang baik insyaAllah,” ujarnya.

 

Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Haris pada Mac 2020.

Sabtu lalu, Haris berkongsi berita gembira apabila isterinya Neelofa selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 3.44 petang.

Pasangan ini kemudiannya mengumumkan nama Muhammad Bilal untuk anak pertama mereka.

Sumber: hrisbismail


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara