Memasuki hari ketujuh bergelar bapa, pendakwah bebas, PU Riz seakan masih tidak percaya dirinya kini sudah memiliki cahaya mata sulung.
Suami kesayangan Neelofa ini meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu dan berharap dapat mendidik anaknya menjadi anak yang soleh.
PU Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail berkata demikian menerusi hantaran terbarunya di laman instagram.
“Alhamdullillah Allah beri nikmat… anak ini adalah aset ke syurga dengan syarat umi dan abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.
“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menjadi anak yang soleh. Semoga Allah takdirkan anak abah ni dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah. InsyaAllah.
“Baru aku tahu macam mana umi dan abah aku sayang padaku… terima kasih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapa-bapa dah pula, cepat dunia berlalu,” tulisnya menerusi kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan sepasang stoking bayi.
Haris turut menitipkan pesanan dan berkongsi tazkirah ringkas untuk tatapan pengikutnya di laman Instagram.
“Taat kepada umi kerana ianya perintah Allah yang selamanya. Taat Allah sepenuhnya dan berbuat baik pada ibu bapa kerana tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupmu.
Ads
“Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dengan agama). Cakap baik-baik kepada abah umi. Kasihani abah dan umi seperti mana abah dan umi kasih padamu.
“Reda Allah ada pada reda ibu bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Alhamdullillah Allah hadirkan (cahaya mata) insyaAllah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak abah jadi orang yang baik insyaAllah,” ujarnya.
Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Haris pada Mac 2020.
Ads
Sabtu lalu, Haris berkongsi berita gembira apabila isterinya Neelofa selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 3.44 petang.
Pasangan ini kemudiannya mengumumkan nama Muhammad Bilal untuk anak pertama mereka.
Setiap hari ada sahaja dugaan dan ujian hidup yang perlu ditempuhi. Ada suka ada duka silih berganti dan hingga membuatkan ada diantaranya berasa resah gelisah untuk melalui kehidupan.
Pun begitu, yakinlah walau apa pun perkara yang menimpa diri, insyaAllah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap yang positif.
Selain itu, disarankan juga fikirkan tiga perkara yang membuatkan kita rasa bersyukur.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Bangun pagi, bersyukur. Sudah selesai solat, mandi semua, kita mula berfikir tentang kerja, tentang itu tentang ini.
Gambar hiasan
Mulalah resah. Mulalah gelisah. Kawan-kawan, ini antara tips bagaimana nak happy dan bahagia walau kehidupan kita setiap hari ada cabaran dan halangan.
1. Fikirkan 3 perkara yang sentiasa buat kita bersyukur. Sebagai contoh; masih ada ibu bapa, ada keluarga, ada team yang best, masih ada jalan untuk selesaikan masalah. Syukur itu benda wajib dibuat setiap hari sebelum kita pergi ke tempat kerja.
Gambar hiasan
2. Buat itu setiap hari pada setiap pagi. Pandang dan fikir benda yang positif kemudian bersyukur. Masuk hari ke-22, biasanya dalam membentuk perkara yang nak dijadikan sebagai tabiat, buat sesuatu perkara yang sama selama 21 hari akan menjadikan perkara itu masuk ke dalam rutin kita.
Gambar hiasan
Ia akan jadi kebiasaan.
3. Apabila dah jadi kebiasaan, apa sahaja cabaran yang datang, kita akan happy. Kita akan nantikan sangat benda stress, kita suka ada benda yang challenge kita dan kita tahu semua itu akan up kita ke level yang lebih tinggi dari sekarang.
Ingat balik, dari kita bersyukur tadi, kita dah berjaya susun mind set jadi lebih hebat.
Hebat benar Allah. Dari sebab kita bijak bersyukur, Allah jadikan kita ini kuat. Minda kita hebat dan kita tahu mana yang penting mana yang tak.
Mana yang kita jentik mana yang kita kena pakai tentera. Semua itu Allah yang beri belaka. Yang penting, kita bersyukur.
Kelahiran anak dalam sesebuah keluarga sememangnya begitu dinantikan. Penghujung tahun 2017 membariskan ramai artis yang menerima kelahiran anak dalam hidup mereka.
Ada yang menyambut kelahiran anak pertama, tak kurang juga kelahiran kedua dan ketiga. Menariknya nama anak-anak selebriti kita ini semuanya sedap belaka. Jom kita intai kelima-lima selebriti ini.
1. Hafiz Suip
Hafiz Suip yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 31 Disember lalu menamakan bayi lelakinya dengan nama Muhammad Riyadh Zafri Bin Mohd Hafiz. Sedap namanya. Hafiz dan isterinya, Nureffy yang mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 ini mengucapkan rasa syukur pada Allah atas kurnian ini.
2. Ramona Zamzam
Ramona Zamzam melahirkan puteri sulungnya pada 7 Disember tahun lalu. Selepas sebulan melahirkan, Ramona tampil memperkenalkan nama bayi perempuannya yang
cukup indah iaitu Ivanna Alashkar.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Ramona berkongsi video saat pertama kali menatap wajah anaknya selepas selamat bersalin. Tersangatlah comel. Secantik dan seindah namanya.
3. Jovian Mandagie
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie memilih nama Jeanelle Nika Mandagie untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 1 November lalu. Selain itu, Jovian dan isterinya Nina Ismail Sabri juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @princessmandagie yang kini memiliki lebih 75,000 pengikut. Kini si comel Nika makin montel dan buat pengikutnya geram melihatnya.
4. Hafidz Roshdi
Humairah Binti Mohammad Hafidz. Itulah nama puteri sulung pelakon kacak Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Humairah, sebuah nama indah yang bermaksud putih kemerah-merahan.
5. Zizie Izette
Pelakon Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula memilih nama Adam dan Alif untuk bayi kembar mereka.
Walaupun masih belum menamakan sepenuhnya kedua bayi kembar ini, namun nama Adam dan Alif telah pun dipilih lebih awal sebagai nama permulaan pasangan ini. Bayi kembar yang dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur ini sememangnya dinantikan pasangan ini.
6. Fizo Omar
Menantikan kelahiran cahaya mata lebih 4 tahun lalu, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim menamakan puteri sulung mereka dengan nama Wan Maryam. Ringkas namun cukup indah.
Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) dengan kapsyen berbunyi, “Assalamualaikum auntie uncle semua, nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol. Secantik ibunya.
7. Eira Syazira
Pelakon Azad Jazmin dan isterinya Eira Syazira menamakan anak ketiga perempuan mereka dengan nama Areisya Suri Rose. Anak ketiga mereka ini dilahirkan pada 2 Januari lalu. “Assalamualaikum Salam 1 Malaysia, memperkenalkan My 3rd Girlfriend Areisya Suri Rose,” tulis Azad di instagramnya.
Sedap nama-nama anak selebriti kita. Maksudnya juga indah-indah belaka. Moga anak-anak ini menjadi puteri putera soleh dan solehah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya ramai yang kurang ilmu mengenai sistem faraid yang dilaksanakan oleh Islam yang tidak boleh dibuat main walaupun hanya melibatkan harta arwah sekadar gula atau garam.
Nampak biasa tetapi ia perkara yang tak boleh dibuat main.
Ikuti perkongsian ini yang sungguh bermanfaat oleh peguam ini.
Garam gula pun pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga arwah. Jangan ambil mudah bila pakai pusaka arwah. Waris-waris faraid arwah redha ke? Ada minta izin dari mereka?
Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.
Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?
Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak. Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?
Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin,minta izin walaupun simati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita.
Ini tidak, semasa simati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah sedara mara ambil barang-barang arwah. Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.
Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.
Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat
Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika simati tinggalkan anak-anak yatim.
Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah. Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.
Sebarang persoalan boleh ajukan di https://tanyalahpuanumi.wasap.my
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.