“Terima Kasih Allah Di Atas Ibu Mentua Terbaik Di Dunia.” Luahan Hati Fasha Sandha Buat Netizen Terharu!

Share

Awan hitam yang menyelubungi figura seni bernama Fasha Sandha ini sudah berlalu dan kini dia mengecap bahagia bersama suami tersayang, Aidil Aziz dan anak-anak.

Raut wajah Bahagia jelas terpancar di wajah Fasha, selain dikurniakan suami penyayang dan anak-anak yang comel, pelakon Dua Takdir Cinta turut bersyukur dan berterima kasih kepada Dia Yang Satu kerana diberikan ibu mentua terbaik.

Menerusi satu perkongsian, Fasha melahirkan rasa syukur sambil memuat naik sekeping gambar bersama ibu mentuanya. Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik gambar bersama ibu mentua Rokkiah Md Noor.

Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia.
I love you Ibu (ibu takde instagram mahupun FB )😊 .

Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Rata-rata pengikut memberikan komen beruntungnya Fasha kerana memiliki ibu mentua yang baik. Dalam masa yang sama turut memuji penampilan ibu mentua Fasha nampak muda dan lembut orangnya.

sissuee._ untung nya dpat mak mertua yg baik..alhamdulilah…satu dlm seribu ni…😂😂😂😂
nurzayani_kassim ❤️ kite pon da mil terbaik … Rezeki Allah bagi pinjam kt kita. Tahun ni masuk tahun ke 6 stay dgn in law & still counting.
jus_kencur_cinta_bonda_hq Suka tgk muka ibu mertua fasha..lembut aje..😍
sekeping_hidayahku Lembutnya wajah mak mertua..
miss.rachellsb_16 Macam kakak ipar ja. Muda nya😍
rienzainal MasyaAllah…awet muda ibu mertuanya 💕
aishah5806 Cantiknye ibu mertua ❤️
effasamadi Alhamdulillah. Cantiknya awak @fashasandha. Dr dulu smpi skrg minat awak berlakon xpernah berubah.. ❤
afizantwin Alhamdulillah happy tengok fasha dan kak rokiah 😍
keretasambungbyrcashloanrental
Tgk muka ibu pun tenangje…👍
nuha.saffiya17 Alhamdulillah dapat ibu mertua yg menyanyangi seperti ank sendiri. Lembut wajah ibu nya. Smoga menjadi contoh kepada ibu2 lain diluar Sana Aamiin
kakechah Sejuk mata memandang ibu mertua fasha ni. Suka tgk
Sumber: IG Fasha Sandha